Monday 12 May 2014

Soalan dan Pernyataan Tentang Allah?

Semasa aku tenggelam dalam mayat, aku merasakan lebih banyak soalan yang muncul dalam benakku. Sesetengah soalan itu amat pelik dan unik yang tidak pernah terlintas pun dalam kotak fikiranku selama ini.

Malah aku juga berjumpa dengan beberapa pernyataan pelik yang tidak pernah aku ketahui sebelum ini. Malah ada pernyataan yang pernah aku baca sebelum ini tetapi aku tidak faham maksudnya sehinggalah pada masa aku tenggelam dalam mayat, barulah aku faham maksud ayat-ayat yang aku baca selama ini.

Antara soalan yang muncul:
Berapakah usia dunia ini?
Dari manakah alam ini datang atau terhasil?
Dari manakah asal manusia?
Dari manakah asal matahari?
Macamana jantung boleh membesar dan berdenyut?
Adakah semua di alam ini semulajadi?
Kalau ianya bukan semula jadi, siapakah yang menjadikan ia?
Dan bagaiamana ianya dijadikan?
Hebatkah pencipta alam ini?
Adakah alam ini yang paling hebat dicipta tuhan?
Apakah benda lain yang dicipta oleh pemilik alam?
Di alam manakah benda lain itu tercipta?
Siapakah pemilik alam ini?
Macamana dia dikatakan sebagai pemilik alam?
Siapakah iblis?
Siapakah syaitan?
Siapakah malaikat?

Apakah itu loh mahfuz?
Dapatkah loh mahfuz itu diubah?
Apa itu pahala?
Apa itu doa?
Apa fungsi doa?
Benarkah doa boleh mengubah segalanya?
Apa itu dosa?
Apa itu hamba?
Apa itu tuan?
Adakah pahala benar-benar wujud?
Kenapa semut tiada jantung dan darah?
Kenapa semut boleh angkat beban 50 kali ganda berat badannya, sedangkan semut tiada otot dan jantung?

Tuan-tuan kalau nak disenaraikan, memang tak larat nak taip, sebab soalan-soalan itu laju dan jawapannya pun kadang-kadang laju. Maaf, ada antara soalan-soalan yang keluar dalam fikiranku ini tidak boleh aku nyatakan di sini atas sebab-sebab keselamatan dan tahap pemahaman dan pemikiran kita yang berbeza. Aku tidak mahu soalan-soalan itu menimbulkan kekecohan tentang pemahaman Allah yang sedia ada dan banyak dalam masyarakat.


Maaf, maaf, maaf ayat-ayat yang berbentuk pernyataan juga banyak, tetapi sangat banyak tidak boleh dikongsi kerana kalau tidak memang akan menjadi kontroversi di sini kerana pemahaman kita yang berbeza dan ayat-ayat ini pernah diucapkan oleh banyak wali-wali Allah sebelum ini. Aku bukan wali, aku hanyalah mayat sepi. Aku kadang-kadang merasa takut untuk berbicara lebih-lebih tentang Allah di dalam blog ini. Sebabnya mereka-mereka yang pernah membocorkan rahsia Allah banyak yang telah mati dibunuh dan dituduh sesat. Aku hanya berharap akan dapat membuahkan perkara-perkara baru tentang mereka yang masih lagi mencari dan memahami Allah.


Kadangkala aku merasakan diriku ini amat keseorangan di dunia ini. Tiada teman untuk berbicara tentang Allah. Semua teman bicara hanya boleh berbicara tentang Allah yang sedia faham dalam masyarakat. Bila nak sembang tentang Allah sebagaimana yang Allah bagi aku faham, aku tak boleh berbicara dengan sesiapa pun, kerana tahap pemahaman tentang Allah yang berbeza, tapi aku selalu berbicara dengan Allah, kerana Allah sahaja yang faham isi hatiku. Cuma aku bukan Nabi Musa yang Allah boleh membalas bicaraku dalam nyata.

Aku tahu Allah itu berkata-kata, dan tetap akan terus berkata-kata selamanya, dan aku suka berkata-kata dengan Allah dan juga untuk selamanya. Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment