Sunday 20 March 2016

Menyebut Nama Allah

Sekiranya boleh aku perjelaskan di sini
Nama Allah itu kalau benar-benar difahami
Kita akan lebur sebelum sempat menyebut walau huruf alif yang di depan sekali
Nama Allah itu kalau kita benar-benar faham Apa Itu Allah
Belum niat untuk menyebut namaNya sahaja
Kita sudah lebur sebelum sempat memulakan apa-apa pun

Hebat betul Allah itu
Menakutkan sungguh
Belum sebut namaNya pun sudah lebur
Belum sempat nak berniat untuk menyebut namaNya pun sudah lebur juga
Begitulah kalau faham Allah

Aku hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa
Bukan aku ingin orang lain faham apa yang aku rasa
Cukup sahaja kalian membacanya
Itu sudah cukup
Tidak perlu fahamkan apa-apa yang telah aku fahami
Rasanya tidak mungkin kalian boleh faham

Seperti rasanya memakan durian
Orang yang makan sahaja yang tahu rasanya
Orang yang belum memakannya hanya baca cerita sedapnya durian
Tanpa ada apa-apa idea bagaimanakah rasa sebenar durian

Allah itu harus difahamkan semuanya tentang pemilik nama itu
Tidak boleh disebut sahaja
Tidak boleh dizikirkan sahaja
Harus difahami dengan sebenar-benarnya apa yang dikatakan Allah itu?

Bila sudah faham benar apa itu Allah
Baharulah kita tahu samada kita masih mampu untuk menyebut namaNya lagi setelah faham
Maka kalian akan memahami benar atau tidak yang telah aku tuliskan dalam perenggan pertama tadi

Menyebut satu Nama Besar
Tidak boleh disebut dengan hati yang kecil
Menyebut satu Nama Agung
Tidak boleh disebut dengan sewenang-wenangnya sahaja

Mana mungkin satu Nama Hebat boleh disebut tanpa memahami bagaimana besarNya Dia
Kalau pemilik satu Nama itu boleh merangkumi semuanya
Maka sebutlah NamaNya dengan merangkumkan semua kebesaranNya dalam satu Nama
Sebelum sempat anda mencapai semua kebesaran dan kekuatanNya
NamaNya itu tidak akan dapat dicapai walaupun sebelum anda sampai pada huruf alif
Setelah anda cuba memperdalamkan lagi untuk mencapai seluruh kerajaanNya dan seluruh sifatNya
Percayalah sebelum anda berniat untuk menyebut NamaNya anda sudah lebur

Harap dapatlah sedikit bayangan di sini
Itu pun kalau bisa dibayangkan
Kalau tidak mampu mencakupi semuanya
Tidak mengapa
Aku pun nyaris gila
Untuk cuba memahami dan mencapai semua sifat Allah


7 lautan kering
Menulis kalimat Allah
Datang lagi 7 lautan pun kering
Sebenarnya bawalah 7,000 lautan pun
Pasti akan kering kalau cuba menulis kalimat tuhan

Tidak ada apa-apa yang bisa mencapai Allah
LuasNya Allah itu
BesarNya Allah itu
Tidak bisa dicapai
Maka leburlah kita sebelum mencapai Allah
Lebur juga kita sebelum berniat untuk mencapai Allah

Mohon maaf
Tidak bisa ku teruskan lagi bicara ini
Takut tersasar
Takut menjadi sesat

Allah itu luas
Tidak mampu mencapai Allah yang luas
Sebutlah Allah sekadar yang mampu
Asalkan ingatanmu tetap pada Allah
Dan tidak berganjak

Thursday 17 March 2016

Kenapa Tok Selehor Perlu Gali Kubur?

Alhamdullilah
Syukur pada DIA
Dapat aku menziarahi makam Tok Selehor
Tujuan aku ke sana untuk melihat sendiri keadaan liang lahat yang pernah di gali Tok Selehor

Aku terfikir
Kenapa Tok Selehor perlu gali kubur?
Mati tu tak kan lah susah sangat nak faham sampai kena gali kubur?
Kalau tak gali kubur tak boleh ke faham mati?

Yang lebih menghairankan lagi
Kenapa banyak orang tak nak buat macam Tok Selehor?
Kenapa banyak orang suka orang lain yang galikan kubur untuk dia?
Dan tanam dia dalam kubur tu

Tok Selehor mencari diri dan mencari tuhan sampai ke tahap itu
Kita tak sanggup nak lakukan
Atau malas nak lakukan
Atau terlalu melekat sangat dengan dunia ni
Jawablah sendiri

Apakah Tok Selehor seorang sahaja yang ingin mencari tuhan?
Kalau betul begitu, maka tak hairanlah ramai orang yang tak kenal tuhannya

Dengar cerita selama 40 malam Tok Selehor bermalam di liang lahat yang digalinya
Dia mungkin telah mendapat sesuatu yang kita semua tak akan dapat
Dia mungkin telah kenal dirinya dan tuhannya lebih dari kita semua tahu
Aku terus terang merasa sangat cemburu dengan apa yang Tok Selehor telah dapat di dalam kubur itu

Ada rezeki nanti aku juga ingin bermalam di kubur Suluk Tok Selehor
Tak dapat 40 malam
Dapat 4 jam pun jadilah
Mana tahu ada rezeki untuk aku disitu

Mati ini tidak boleh dibayangkan di minda
Ulat mayat tu bukan boleh guna imaginasi
Mati itu kena ada rasa
Mati itu kena betul-betul melekat dekat hati

Kita fikir, kenapa Tok Selehor perlu sampai buat macam tu
Aku rasa dia ingin sangat fahamkan mati tu
Apa ada dalam mati tu?
Mati itu apa?
Apa cerita pasal mati?
Apa jadi bila mati?
Apa pulak jadi bila selepas mati?
Siapa yang mati?
Gelap ke dalam tanah tu?
Kenapa gelap?
Ulat mayat tu betul ke makan daging?
Rasanya beribu soalan boleh datang bila berbaring dalam kubur tu
Beribu pula jawapan nak kena fikir
Boleh sakit otak
Silap-silap boleh jadi gila

Begitu sekali Tok Selehor cuba memahami mati
Aku pun tak tahu apa ilmu yang dia dapat dalam kubur itu
Mungkin dia sahaja yang tahu

Masa hidup inilah perlu fahamkan mati
Bila dah mati nanti tak perlulah lagi nak fahamkan mati
Aku suka nak ingatkan di sini
Fahamkan mati tu sebelum kita betul-betul mati
Jangan bila dah mati nanti nak minta hidup sebab dah faham mati
Tiada guna lagi

Sekarang ini selagi nadi bergerak
Fahamkan maksud terhentinya nadi
Supaya nanti bila dah mati
Tiada apa lagi yang perlu kita nak fahamkan
Tak perlu lagi nak merayu pada tuhan untuk minta dihidupkan

Kita boleh baring terus sampai DIA suruh kita bangun

Kalau Tok Selehor boleh buat
Kenapa kita tak boleh?
Tanya diri sendiri
Ada orang sanggup gali kubur untuk cari tuhan
Kita ni nak beli kain kapan untuk faham mati pun susah

Buatlah sesuatu dalam hidup ini untuk mencari tuhan
Sekali pun jadilah
Tak kiralah apa pun
Cara ada banyak
Pilihlah dan buatlah
Harap selepas ini ada yang sudi berkongsi apa yang telah dia temui di dalam kubur

Aku Bukan Pengikut Ajaran Tarekat

Mohon ampun dan maaf
Aku tidak mahu disalah ertikan oleh sesiapa setelah aku TIADA
Semasa aku masih ada lagi ini
Ingin aku tegaskan di sini
Aku bukanlah pengikut mana-mana ajaran tarekat

Aku tidak mahu nanti setelah TIADA aku di dunia ini
Ada orang mendakwa aku adalah dari ajaran tarekatnya
Seperti apa yang telah berlaku sekarang
Ada wali dikatakan dari ajaran tarekat tertentu
Sedangkan sewaktu wali itu masih hidup
Tidak pernah mendengar wali itu bercakap dia dari ajaran tarekat itu atau ini

Mohon semua pembaca jelas akan perkara ini
Jangan ada nanti setelah aku TIADA
Ada manusia lain yang cuba mengaitkan aku dari golongan tarekatnya

Mohon maaf
Ini hanya untuk mengelakkan salah faham