Saturday 6 February 2016

Takut Mati, Seksa Kubur, Neraka Atau…



Ada di antara kita
Menyimpan perasaan takut di dalam hati
Dilidahnya berkata aku hanya takut pada Allah
Dia berdusta pada hati

Hatinya berkata aku takut pada mati
Aku takut pada seksa kubur
Aku takut pada neraka

Inilah manusia yang cuba menipu tuhannya
Adakah mereka fikir, tuhan itu boleh ditipu

Meraka beramal, beribadat, bersembahyang, berpuasa, bersedekah
Hanya kerana mereka takut pada neraka
Mereka takut pada seksa kubur
Mereka buat semua itu kerana takutkan neraka

Neraka itu sudah diletakkan di depan dalam setiap perbuatan mereka
Ada juga yang berkehendakkan syurga
Apa jua yang mereka lakukan
Syurga itu diletakkan didepan mereka
Syurga itu dihati mereka
Syurga telah menjadi matlamat utama mereka

Apapun yang mereka lakukan mesti nak ke syurga
Niat mereka lakukan semua itu adalah untuk masuk syurga
Allah itu sudah pun hilang
Sudah tiada yang dilakukan untuk Allah

Mereka lebih inginkan syurga lebih daripada mereka ingankan Allah
Mereka lebih takutkan neraka daripada mereka takutkan Allah

Wahai manusia
Aku sudah mengingatkan kamu
Aku sudah berkata
Ingatlah kamu hanya pada Allah
Takutlah kamu hanya pada Allah

Yang lain semua tiada
Jangan kamu mempersekutukan sesuatu selain dari Allah
Jangan kamu ingat yang lain selain dari Allah
Jangan kamu takutkan yang lain selain dari Allah

Takut hanya pada Allah
Bukan takut pada neraka
Buat hanya untuk Allah
Bukan sebab nak masuk syurga

Betulkan semula apa yang salah
Aku juga pernah terbabas
Aku juga pernah lalai
Aku juga pernah tersilap
Allah itu Maha Mengampuni
Kesilapan yang lalu jangan diingat
Kehadapan terus maju sambil memperbetulkan kesilapan
Takut hanya layak untuk Allah sahaja