Sunday 27 September 2015

Orkestra Dari Allah

Katakanlah kita pergi mendengar satu orkestra di dalam satu dewan muzik berteknologi tinggi
Orkestra itu dimainkan oleh 100 pemuzik
Dari drum yang besar sehinggalah pengetuk teridiri dari hanya dua batang besi kecil dimainkan dalam orkestra itu

Bayangkan 100 alat muzik bergema di dalam dewan itu
Kita harus mendengar dan mengecam semua alat muzik yang berbunyi di dalam dewan itu
Aku terfikir
Bolehkan kita mengecam bunyi halus yang keluar dari dua batang besi kecil tadi

Begitulah orkestra dari Allah
7,349,000,000 orang pemainnya
Bolehkan kita dengar muzik yang keluar dari seorang pemain yang hanya memegang dua batang besi tadi

Minta maaf
Kita tak dengar
Kita terlalu sibuk mendengar bunyi gendang yang kita ketuk sendiri
Kita hanya dengar muzik yang keluar dari gendang yang kita ketuk
Tidak mungkin kita boleh dengar muzik yang keluar dari dua batang besi yang sedang di ketuk oleh seorang lelaki tua di atas gunung di Jepun

Boleh ke kita faham Allah
Kalau kita hanya mendengar bunyi gendang yang diketuk oleh kita
Kalau orkestra Allah kita tak mampu nak dengar
Rasanya tidak mungkin kita faham Allah

Ketika aku cuba mendengar semua bunyi orkestra yang Allah mainkan dari seluruh pelusuk dunia
Otakku hampir pecah untuk menangkap setiap bunyi yang sedang dimainkan oleh semua pemain dari seluruh dunia
Gegendang kita haruslah dilatih supaya menjadi terlalu sensitif untuk menangkap semua bunyi yang dikeluarkan dari seluruh pelusuk dunia
Dan semua bunyi yang sedang keluar itu haruslah ditangkap oleh gegendang kita secara serentak
Dari sekuat-kuat bunyi sehinggalah ke sekecil-kecil bunyi
Dan bunyi itu haruslah ditanya dari mana asalnya dan dimainkan oleh siapa

Tak tahu mana nak cari jawapan seperti itu
Aku sendiri pun tak mampu nak bertanya lagi
Aku sendiri pun tak mampu mendengar jawapannya lagi
Ada ke orang yang mampu mendengar semua bunyi orkestra dari seluruh dunia
Ada ke orang yang mampu faham setiap dari bunyi yang keluar itu dari mana dan oleh siapa

Semoga ada di antara anda yang mampu mendengar dan memahami semua bunyi itu

Thursday 3 September 2015

Mati Itu Bila?


Jawapan paling mudah dan paling tepat
Bila-bila
Ingat Allah itu pula bila?
Jawapan paling mudah dan paling tepat
Bila-bila

Kalau sudah begitu, kenapa pula ada waktu khusus untuk ingat Allah
Waktu sembahyang
Waktu berzikir
Waktu sakit
Waktu bersara
Waktu tua
Waktu mati

Kalau mati itu bila-bila
Maka tak perlu tunggu
Sembahyang, zikir, sakit, bersara, tua, mati
Mati itu tidak mengenal
Sembahyang, zikir, sakit, bersara, tua, mati

Maka apa perlu lagi untuk ingat Allah pada waktu
Sembahyang, zikir, sakit, bersara, tua, mati
Mati kita bila-bila masa Dia suka
Maka ingat Dia juga haruslah pada bila-bila masa juga
Semoga bertemu dalam keadaan hanya ingat pada Dia

Wednesday 2 September 2015

Dunia dan Khalifah



Dunia ini tidak berjalan hanya dengan bersembahyang di atas sejadah
Dunia ini tidak berjalan hanya dengan zikir atas Allah
Dunia ini hanya berjalan dengan menjadi khalifah

Apa dia khalifah
Bersembahyang di atas sejadah, khalifah
Zikir kepada Allah, khalifah
Berdiri di atas gunung, khalifah
Turun ke bawah lembah, khalifah

Jadilah kamu khalifah
Di samping ingat kepada Allah
Ingat kepada Allah bukan hanya di atas sejadah
Ingat kepada Allah ketika berada di bulan
Ingat kepada Allah ketika berada di dasar lautan
Itulah khalifah

Ketika mengangkat pena ingat Allah dan jadilah khalifah
Ketika tidur malam di atas tilam empuk dan tikar mengkuang
Masih sama, ingat Allah dan jadilah khalifah

Khalifah itu bukan sekadar mengangkat pena
Khalifah itu bukan sekadar mengangkat pedang
Mengangkat sampah juga khalifah
Mengangkat sampah juga ingat pada Allah
Marilah kita menjadi khalifah yang ingat hanya pada Allah

Akhir Yang Sama



Kita ini
Macamana kuat pun mati
Macamana gagah pun mati
Macamana hebat pun mati
Macamana lemah pun mati
Macamana lembik pun mati
Macamana kaya pun mati
Macamana miskin pun mati

Kita ini
Macamana besar pangkat pun mati
Macamana kuli pun mati
Macamana alim pun mati
Macamana ulamak pun mati
Macamana semak pun mati
Macamana jahil pun mati

Kita ini,
Sejuta macamana pun akhirnya semua tetap sama
Iaitu mati
Kita hairan tentang macamana berbezanya kita
Kita tidak pernah hairan tentang macamana akhirnya kita yang sama itu
Manusia sentiasa hairan tentang yang berbeza
Tidak pernah hairan tentang sesuatu akhir yang sama
Bila akhir kita sama
Bukankah kita ini tidak pernah berbeza?

Susahnya Menjaga Rahsia

Aku tidak dapat menafikan memang susah untuk menjaga rahsia. Sekuat manapun aku mencuba menjaga lidah ini agar tidak terlepas sesuatu yang pelik atau sesuatu yang tidak sepatutnya aku dedahkan. Lidah ini tetap akan memecahkan juga rahsiaNya. Kadangkala aku dah tak boleh nak kawal. Pemikiran yang berlainan akan menghasilkan ayat yang berlainan dan pemahaman yang berlainan. Otak yang sentiasa memikirkan Dia, hati yang sentiasa berkata-kata dengan Dia, tidak mungkin sama dengan hati yang mati. Akal yang sentiasa mencari Dia, hidup yang sentiasa ingin mengenal Dia, tidak mungkin sama dengan yang lain.

Sebab itu dalam cerita yang lepas, aku pernah mengatakan, mereka yang makrifat kepada Allah selalunya akan memencilkan diri dan mengelakkan diri dari hidup di dalam masyarakat. Aku sendiri pun kalau sudah sampai akan masa akan hilang dari dunia ini. Aku akan serah diriku kepadaNya. Dia terima atau tidak, itu bukan urusan aku, itu urusan Dia. Urusan aku serah diri padaNya.

Memang pernah aku dituduh tergelincir akidah, dan aku tidak pernah menyalahkan mereka. Apa yang aku cakap, orang lain tak akan faham. Apa yang aku jelaskan orang lain tak akan dapat menerimanya. Akhirnya akan menimbulkan perbalahan yang tak berkesudahan, dan aku tidak menyalahkan mereka. Itu semua salah aku, kerana berkata sesuatu yang tidak difahami. Aku tidak mahu melafazkan sesuatu yang akan mengakibatkan kontroversi di dalam masyarakat. Nanti aku akan dituduh sesat.

Tapi aku akui, untuk menerangkan sesuatu rahsia bukan mudah. Aku pernah berkias, aku pernah menyampaikan dalam rahsia, tetapi ianya tidak akan sama jika aku cakap sahaja tanpa tapis dan tanpa berkias. Aku sudah katakan sebelum ini, rahsia yang besar-besar aku tidak akan bukakan di sini. Mungkin juga rahsia yang besar ini akan aku bawa sampai ketemu dengan pemilik rahsia besar.

Mana tahu mungkin juga rahsia besar ini akan ku buka juga akhirnya. Hanya Dia akan aturkan. Banyak juga rahsia ini dalam bentuk rahsia besar yang rasanya kalau aku dibukakan, tidak banyak manusia yang akan memahaminya. Rahsia yang datang bukan dari akal. Siapalah yang akan faham. Akal mempunyai had, roh tiada had.

Aku rasa, aku akan ceritakan sedikit rahsia besar dalam bentuk pengubahan ayat, supaya ayat itu tidak menimbulkan kontroversi di dalam masyarakat. Ayat-ayat makrifat ini memang pelik, sepanjang pemerhatian aku di dalam forum-forum dan blog-blog seluruh alam rumpun melayu, memang ramai yang tidak faham kata-kata ayat dari ilmu makrifat ini. Mungkin hanya pemilik ayat dan mereka yang faham sahaja yang tahu rahsia ayat itu. Anak murid dari rumpun ilmu yang sama pun aku rasa masih tidak faham tentang ayat itu.

Aku akan kupas nanti bila masa diizinkanNya. Cukuplah setakat ini. Semoga ada antara anda yang akan memahami rahsia yang lebih besar dari membaca rahsia yang kecil-kecil dahulu.