Wednesday 24 May 2017

Benarkah Allah Menyembunyikan Rahsia Nya?

Kadangkala aku tertanya-tanya
Benarkah Allah itu suka menyembunyikan rahsia Nya?
Allah itu Maha Besar
Sudah tentunya rahsia Nya juga teramat-amat besar

Betulkah rahsia yang teramat besar itu boleh disembunyikan
Hendak disembunyikan di mana?
Di langit?
Di bumi?
Di angkasa lepas?

Atau sebenarnya Allah itu tidak pernah sekalipun
Menyembunyikan rahsiakan
Semua rahsia Nya dibukakan
Di bukakan di depan mata
Di tengah mata
Di belakang mata

Mungkinkah kerana rahsia Allah itu teramat besar
Dan kita teramat kecil
Maka kita terlepas untuk memandang rahsia Nya yang teramat besar itu
Bak kata pepatah
Kuman diseberang laut nampak
Gajah berdiri menutup mata tak nampak

Mungkinkah kita tak nampak rahsia Allah yang besar itu
Kerana rahsia itu teramat besar dan ianya telah menutup mata kita
Bagaimana hendak melihat rahsia yang besar dan menutup mata

Ambil satu kadbod hitam sebesar padang bola
Dan tutupkan di depan mata anda
Adakah anda akan nampak kadbod hitam besar itu
Tentunya tidak
Kerana kadbod besar hitam itu telah menutup keseluruhan mata anda
Apa yang anda nampak
Segala pertunjukan kecil di depan kadbod itu
Hanya itulah yang anda nampak
Sebab ianya kecil
Jadi senang nampak dan mudah dilihat

Sedangkan latar belakang kadbod hitam besar itu
Tidak juga dapat anda melihatnya

Aku rasa perumpaan aku ini sudah cukup jelas
Kalau anda ingin memahaminya
Aku tidak tahu bagaimanakah caranya setiap dari anda
Akan dapat melihat kadbod itu

Cuma Allah sahajalah yang boleh menampakkan
Kadbod hitam besar itu
Aku hanyalah penglipurlara
Yang cuba mengarang cerita-cerita gila
Dari akal tiga suku yang sakit ini

Seperti yang pernah aku katakan
Aku bukanlah guru yang mengajar ilmu makrifat
Aku hanyalah si gila yang berkata-kata perkara yang merapu
Mungkin hanya orang gila sahaja yang boleh memahami kata dari seorang si gila yang lain

Rahsia Allah itu terang
Rahsia Allah itu jelas
Terang matahari
Terang lagi Allah
Jelasnya tulisan
Jelas lagi Allah

Allah tidak pernah sekalipun
Menyembunyikan rahsia Nya
Segalanya dibukakan
Segalanya dibentangkan
Hanya Jauhari yang mengenal Manikam
Kenapa hanya Jauhari sahajalah yang mengenal Manikam
Kerana Jauhari telah lama bersahabat baik dengan Manikam
Walau bagaimana rupanya manikam itu
Putih atau hitam
Kurus atau gemuk
Tinggi atau rendah
Tetap Jauhari akan mengenalnya
Tidak mungkin Manikam boleh menipu Jauhari

Kerana mereka telah lama bersahabat baik
Begitulah rahsia Allah
Tidak mungkin rahsia Allah itu menipu orang yang mampu melihat rahsia Nya
Buatlah macamana pun
Orang yang kenal tidak akan dapat ditipu oleh rahsia Nya

Jauh benar merepek aku ini
Maafkan aku
Otak gila ini kadangkala
Hanyut di dalam kegilaan

Rahsia Allah itu sudah terang
Rahsia Allah itu sudah nyata
Allah sendirilah yang membuka rahsia Nya
Cuma dapat lihat atau tidak
Itu rezeki masing-masing

Allah tidak pernah berahsia sebenarnya
Semuanya telah terang dan benar
Seperti kata orang
Mati itu benar

Maka begitulah benarnya rahsia Allah itu
Bagaimana benarnya mati itu
Begitulah benarnya rahsia Allah itu

Semoga anda mendapat kebenaran
Rahsia Nya Allah
Jangan jemu jangan berputus asa
Mati itu tetaplah benar