Sunday 30 August 2015

Cerita Tentang Mata



Macamana mata hendak melihat mata
Kita gunakan ia untuk melihat
Tetapi ia tidak dpt melihat dirinya sendiri

Sedangkan ia adalah penglihatan kita
Kita melihat dengannya
Sayangnya dia tempat kita melihat
Tetapi kita tidak dapat melihatnya

Begitu jugalah Allah
Dia membuat kita ada
Dari tiada kepada ada

Tentulah hanya yang Maha Ada
Mengadakan semua yang asalnya tiada
Sayangnya setelah ada
Kita melupakan yang meng'ADA'kan

Tiada siapa ingin mencari yang meng'ADA'kan
Yang kita tahu, kita telah pun ada
Maka kita gunakan semuanya yang ada

Tanpa bertanya apa yang ada sebelum ada
Apa pula yang ada selepas tiada
Sehingga kita tiada
Barulah kita minta diadakan semula
Semasa ada, tidak pula minta ditiadakan

Itulah manusia
Melihat dengan mata
Tetapi buta
Buta mata, buta mata hati

Mata yang di atas melihat dengan jelas
Melihat dengan terang
Tetapi mata hati dibiarkan buta

Fikir tentang mata boleh membawa kepada Allah
Dengar cerita nikmat hanya sebelah mata
Tidak terbalas dengan ibadah 500 tahun
Mungkin ibadah 1,000 tahun pun masih belum dapat menebus nikmat cuma sebelah mata

Dengan nikmat sebelah mata, aku sudah boleh menjadi ahli neraka

Siapa IKHLAS?



Satu perkataan. Sejuta penipuan.

Manusia sering bermain dengan sejuta penipuan ikhlas. Ada yang berani kata dia ikhlas. Ada pula yang berani kata orang lain tak ikhlas. Faham ke ikhlas tu. Ikhlas itu penilaian tuhan. Bukan penilaian manusia. Ikhlas itu bukan pada perbuatan. Ikhlas itu bukan pada wang ringgit. Ikhlas itu bukan pada sembunyi-sembunyi bukan juga pada terang-terangan.

Ada orang ingat bila buat sesuatu perkara itu sembunyi-sembunyi. Itu tanda dia ikhlas. Ada orang ingat bila buat sesuatu secara terang-terangan itu tidak ikhlas.

Ikhlas bukan hal manusia. Ikhlas adalah hal tuhan. Ikhlas bukan terletak pada penilaian pandangan mata manusia. Ikhlas adalah dinilai oleh tuhan. Jangan ada manusia yang cuba nak menilai ikhlas. Ikhlas ini perkara di dalam penilaian dan pemerhatian tuhan.

Ikhlas ini perkara hati. Perkara hati tidak mungkin boleh dinilai oleh pemilik hati. Macam peperiksaan. Soalan kita yang buat. Kita yang jawab. Kita yang tanda. Memang 100% lulus. Jadi ikhlas yang dinilai oleh hati sendiri. Sama seperti peperiksaan tadi. Aku ikhlas. Sendiri mendakwa diri sendiri ikhlas.

Ada orang bertanya, derma ni ikhlas ke? Kita pun jawab ‘ikhlas’. Inilah contoh yang disebutkan di atas tadi. Sendiri beri markah pada diri sendiri. Lulus 100%.

Aku rasa selepas ini, orang Islam tidak perlu bertanyakan soalan yang seperti itu. Menggalakkan penipuan hati si penjawab soalan. Orang Islam boleh ‘delete’ terus pertanyaan seperti ini. Tidak patut kita bertanya soalan yang Allah sahaja tahu jawapannya. Adalah tidak adil kita meminta jawapan yang menggalakkan penipuan. Ikhlas urusan Allah. Jangan jadi seperti cerita peperiksan yang aku ceritakan di atas tadi.

Ikhlas itu tidak semestinya membuat sesuatu perkara itu secara tersembunyi. Ikhlas itu juga tidak semestinya membuat sesuatu perkara itu secara terang-terangan. Ikhlas itu urusan Allah. Urusan kita buat untuk Allah. Buat kerana Allah. Buat untuk tiada lain selain Allah. Bukan buat untuk ikhlas. Apalagi kalau buat untuk bagi nampak ikhlas. Sesuatu yang dibuat hanya untuk Allah, tidak perlu ada persoalan tentang ikhlas atau tidak? Tapi tanya untuk Allah atau tidak?

Kita kena ingat, hati kita tidak boleh menipu Allah. Mulut dan hati dua perkara berbeza. Mulut cakap ikhlas. Hati cakap apa? Allah yang tahu. Kalau kita mahu Allah menilai ikhlas di hati kita. Aku takut tiada seorang pun manusia yang ikhlas di atas dunia ini.

Sunday 16 August 2015

Siapa Pemberi Nikmat?



Allah itu tuhan yang Maha Pengasih
Dia menciptakan kamu
Sehinggakan kamu tidak kenal Dia
Dan kamu tidak kenal kamu

Hebat tuhan
Dia mencipta tetapi bersembunyi
Dia menjadikan tetapi tidak mengambil kelebihan atas ciptaanNya
CiptaanNya pun tidak mencari siapa penciptanya

Apa kita semua ni
Setelah ada, tidak bertanya siapa yang mengadakan
Merasa semua nikmat, tanpa mencari asal nikmat
Dan mencari tuan yang memberi nikmat
Menggunakan semuanya sewenang-wenangnya

Itulah lumrah manusia
Ikut suka hati
Ikut suka nafsu
Yang disalahkan iblis dan syaitan

Dia yang menggunakan semuanya
Iblis dan syaitan juga yang disalahkan
Sedangkan semua nikmat itu akan terhapus oleh mati
Sedangkan semua pancaindera akan dihancurkan di dalam tanah

Takkan tidak terfikir
Takkan tidak pernah terlintas
Tentang suatu perkara yang dipanggil mati

Jangan seronok sangat
Guna semua kemudahan pemberian tuhan

Semua nikmat ada tempohnya
Semua nyawa ada tempohnya

Ingat tempoh itu tak tentu bila sampainya
Entah esok, entah lusa, entah-entah sekarang

Gunalah semua pemberian tuhan
Tapi tanya juga siapa yang memberi semua nikmat
Carilah pemberi nikmat
Sebelum semua nikmat itu tamat tempohnya

Tuesday 11 August 2015

A Untuk Allah



Ceritakan tentang Allah dari 'A' hingga 'Z'
Oppsss... Allah tiada mula dan tiada akhir
Macam mana nak ceritakan tentang sesuatu yang tiada mula dan tiada akhir
Nak mulakan dari mana kalau mulanya pun kita tak tahu
Nak akhirkan di mana kalau akhirnya pun kita tak tahu

Macamana nak mulakan cerita tentang sesuatu yang tiada mula
Nak mula dari mana? dari 'A'...tak boleh sebab Allah tiada mula
Nak akhirkan di 'Z' pun tak boleh sebab Allah tiada akhir
Jadi susah juga nak mulakan sesuatu cerita yang tiada mula

Tiada huruf yang boleh kita gunakan untuk memulakan cerita tentang sesuatu yang tiada mula
Boleh gila juga bila nak cari huruf yang tiada mula contohnya nak cari huruf sebelum huruf A
Apa huruf nak guna
Sebab akal mengikut adat dah biasa guna dari mula kenal huruf, huruf pertama adalah A
A untuk Ayam, lepas ni boleh ubah A untuk Allah, itu yang betul

Sebab dah selalu guna mula kenal huruf A
Bila disuruh cari huruf sebelum huruf A
Kita garu kepala

Maka otak mengikut adat pun cakap
Mana ada huruf sebelum A, huruf pertama dalam dunia ini A
Sedangkan bila dalam tanah huruf A pun tak boleh nak sebut

Otak kita tidak pernah dipaksa untuk cari huruf sebelum A
Otak yang terlalu manja, semua nak diajar
Dah biasa sangat diajar mula A lepas tu B lepas tu C
Bila suruh cari huruf sebelum A... dikatakan gila

Mana ada huruf sebelum A...
Huruf A yang mula-mula dulu...lepas itu B

Inilah manusia, malas berfikir
Otak selalu mengikut corak yang sama ditentukan oleh akal mengikut adat
Dari mula lahir sampai mati, otak mengikut adat itulah yang digunakan

Sebab itulah tuhan pun tak kenal
Malas nak kenal
Malas nak ambil tahu
Mana ada huruf sebelum A

Aku nak beritahu memang ada huruf sebelum A
Malah ada banyak huruf sebelum A
Terlalu banyak sampai tak boleh nak bilang huruf sebelum A
Malah huruf selepas Z lagi banyak
Sama jugak tak boleh nak bilang ada berapa huruf sebab terlalu banyak sangat
Cari-carilah huruf sebelum A dan cari-carilah juga huruf selepas Z
Semoga anda akan terkejut, rupa-rupanya memang ada huruf sebelum huruf A dan selepas huruf Z

Sunday 9 August 2015

Faham Ke Mati Tu

Kadangkala aku sering bertanya
Faham ke kita akan mati itu
Faham ke kita semuanya tentang mati
Sebut mati dah selalu
Mungkin setiap hari
Tapi faham ke apa yang kita sebut itu

Aku pernah bertanya pada diriku
Ulat mayat yang pertama akan muncul dari mana dalam tubuhku di dalam tanah nanti?
Dari mana datangnya ulat mayat yang akan memakan tubuhku di dalam tanah?
Dari mata?
Dari otak?
Dari perut?
Oh tidak, dari tempat yang paling busuk dalam tubuhku
Ya, usus besar
Disitu ada najis
Najis yang busuk yang Allah ciptakan sebagai tempat untuk datangnya ulat mayat
Dari situlah akan muncul ulat mayat yang pertama yang akan meratah tubuhku

Aku bertanya lagi
Adakah perutku akan meletup di dalam tanah
Mungkin juga
Perutku ini akan menjadi seperti belon
Besar dan semakin membesar
Dan BOOOOMMMM meletup seperti belon pecah
Sewaktu ianya pecah
Ulat mayat bersepah termuntah dari perutku yang pecah itu
Hinanya aku
Diri yang semasa hidup merasa mulia
Diri yang semasa hidup merasa wangi
Rupanya mati hanya sebagai seketul daging busuk

Aku masih mencari diri
Mencari diri dalam makna diri yang mati
Siapa yang mati itu?
Aku
Aku siapa?
Aku lah
Aku diri

Maka siapa pula yang berdiri?
Carilah
Carilah siapa yang berdiri

Aku merasakan ulat mayat menyentak-menyentak memasuki otakku
Otak yang ku banggakan sangat
Otak yang hebat semasa hidup
Di situ bermulanya segala pergerakan diri
Di situ bermulanya macam-macam bentuk pemikiran
Di situ bermulanya segala tingkah laku
Di situ bermulanya segala kesombongan kepada tuhan
Di situ bermulanya manusia melupakan tuhannya

Benda itu sekarang berada di dalam rendaman ulat mayat
Mungkin sedap agaknya ulat mayat memakan otakku yang mencair
Kerana otak ni lembut
Mungkin juga cepat sahaja ulat mayat menyedutnya kerana ianya lembut
Aku menangis, aku menangis
Menangis memikirkan ini semua
Tetapi aku melihat manusia lain bergembira
Mereka tidak fikirkah akan mati?
Kenapa, adakah mati ini tidak akan menghampiri mereka?

Mereka pernah ke dengar ayat
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati
Ataupun mereka rasa, mereka lambat nak mati
Ataupun mereka rasa. mereka tidak akan mati
Ataupun mereka rasa, mati tu sama seperti hilang
Hilang begitu sahaja
Entahlah, aku pun tak tahu

Cuma aku semakin lemah
Tubuhku semakin lemah
Aku semakin menyusut
Ulat mayat semakin hari semakin banyak memakan aku
Setiap inci tubuhku disedutnya
Sampai semuanya hilang
Tinggallah tulang

Aku berfikir
Binatang apa plak yang makan tulang?
Entahlah
Yang aku tahu kalau lama-lama di dalam tanah itu
Mungkin juga sebahgian tulangku akan hilang
Dan sebahagian lagi akan ada

Apalah aku ini
Hidup pun jadi tulang
Aku melihat sendiri dagingku yang membusuk luruh dari tubuhku bersama ulat mayat
Aku melihat sendiri tubuhku menjadi tulang
Aku adalah tulang temulang yang bergerak
Aduh sakitnya

Apakah ini yang tuhan mahu untuk aku?
Sudah tentu
Aku yang beria-ria sangat nak kenal tuhan
Sekarang Allah tunjukkan aku ini siapa
Rasakan
Nak sangat kenal tuhankan
Ambillah rasa ini
Rasakan betul-betul
Rasakan seolah-olah aku memang telahpun mati
Aku pasrah
Dia yang memberi
Apakah aku mampu menolaknya?
Berapa orang yang dapat rasa macam ini?
Entahlah, dia sahaja yang tahu
Selagi rasa ini yang Dia berikan
Aku terima semuanya

Aku pun tak tahu tuan-tuan dapat ke rasa apa yang aku ceritakan ini
Aku hanya penyampai cerita
Bukan pemberi faham
Bacalah tuan-tuan
Dan cuba-cubalah rasakan
Dan cuba-cubalah lihat seperti mana yang aku melihat

Harap tuan-tuan dapatlah rasa mati
Dapatlah kenal mati
Dapatlah kenal diri yang busuk
Dapatlah kenal diri yang tiada
Dapatlah kenal apa yang ADA

Setiap Saat, Ulat Mayat

Sewaktu awal aku mendapat perkara ini
Itulah yang berlaku
Pernah aku ceritakan dahulu
Berat badanku turun lebih kurang 15 kg dalam masa satu bulan
Itulah yang berlaku
Setiap saat aku merasakan ulat mayat meratah-ratah tubuhku

Apakah aku ini?
Seketul daging yang sangat busuk
Apabila aku cuba makan
Seolah-oleh aku sedang mengunyah ulat mayat
Apa yang aku sedang makan ini?
Atau sebenarnya ulat mayat yang sedang memakan aku
Aku ingin bertanya...
Apakah anda selera makan?
Bila makanan yang anda kunyah itu ulat mayat
Sudah tentu tidak
Itulah yang berlaku
Aku hanya makan sekali sehari
Itupun dalam jumlah yang sangat sikit
Peliknya aku tidak lapar
Peliknya perutku tidak pedih
Allah itu Maha Besar

Apakah aku sedang sakit?

Apakah aku sudah gila?
Apakah itu yang sebenarnya yang perlu aku hadapi ketika bersendirian di dalam tanah
Sememangnya ulat mayatlah yang memakan aku

Setiap sedutan nafasku berbau busuk
Sangat busuk sehingga aku ingin termuntah
Aku menghidu bau ulat mayat
Bau ulat mayat dihidungku sangat busuk
Ketika aku hidup pun aku sudah tidak sanggup menghidu bau mayat aku sendiri
Apalagi bila aku sudah mati dan dipaksa menghidu bau mayat tubuhku sendiri
Biarlah aku menghidu bau mayat tubuhku ketika masih bernyawa
Daripada aku menghidu bau mayat tubuhku ketika sudah tidak bernyawa
Sebenarnya ketika tidak bernyawa pun aku tetap menghidu bau mayat tubuhku sendiri
Sehingga semuanya hilang

Tuan-tuan
Belajar hidu bau mayat
Satu bau yang sungguh busuk
Lebih baik jika dapat hidu bau mayat diri sendiri
Tak perlu hidu bau mayat orang lain
Bau mayat diri sendiri pun kita tak mampu nak hidu
Jangan pedulikan bau mayat orang lain

Dalam kubur itu
Bau mayat orang lain takkan sampai kepada kita kerana dihalangi tanah
Bau mayat kita pun takkan sampai pada orang lain
Janganlah risau

Esok-esok kalau nampak ulat mayat
Ambil dan letak dihidung
Baulah kebusukan kamu sendiri
Harap kamu akan sedar
Yang kamu itu BUSUK

Saturday 8 August 2015

Menanggung Kehebatan Kekuasaan Allah



Apabila menanggung kehebatan kekuasaan Allah
Jangankan semasa badan jasad masih lengkap
Ketika badan jasad sudah hancur luluh pun
Kita tidak akan mampu menanggung kehebatan kekuasaan Allah
Sesuatu yang telah hancur pun tidak akan mampu menanggung kehebatan kekuasaan Allah
Begitulah hebatnya kuasa Allah

Hebat dan dashyat sangat kuasa Allah
Namun berapa orang sahaja yang mampu memahaminya
Berapa orang pula yang mampu menanggungnya
Aku pernah ceritkan dahulu
Bila memikirkan tentang kuasa Allah itu
Aku ingin hancur saat itu juga
Kerana aku tidak tahan dengan kehebatan kuasa Allah
Malah setelah hancur pun aku masih tidak mampu menahan kehebatan kuasa Allah

Kuasa Allah itu sangat hebat
Hebat sangat
Menggentarkan jiwa
Menggentarkan hati
Menghancurkan jasad

Kadangkala memang ia datang
Kalau boleh aku katakan selalu juga ia datang
Tidak tertanggung rasa dihati
Takutnya tidak mampu nak ku hurai

Allah
Sebelum menyebut nama Mu aku sudah hancur
Hebat Kau Ya Allah
Terima kasih atas kehebatan Mu Ya Allah
Akan aku simpan kehebatan Mu
Dalam setiap pecahan jasadku