Sunday 16 August 2015

Siapa Pemberi Nikmat?



Allah itu tuhan yang Maha Pengasih
Dia menciptakan kamu
Sehinggakan kamu tidak kenal Dia
Dan kamu tidak kenal kamu

Hebat tuhan
Dia mencipta tetapi bersembunyi
Dia menjadikan tetapi tidak mengambil kelebihan atas ciptaanNya
CiptaanNya pun tidak mencari siapa penciptanya

Apa kita semua ni
Setelah ada, tidak bertanya siapa yang mengadakan
Merasa semua nikmat, tanpa mencari asal nikmat
Dan mencari tuan yang memberi nikmat
Menggunakan semuanya sewenang-wenangnya

Itulah lumrah manusia
Ikut suka hati
Ikut suka nafsu
Yang disalahkan iblis dan syaitan

Dia yang menggunakan semuanya
Iblis dan syaitan juga yang disalahkan
Sedangkan semua nikmat itu akan terhapus oleh mati
Sedangkan semua pancaindera akan dihancurkan di dalam tanah

Takkan tidak terfikir
Takkan tidak pernah terlintas
Tentang suatu perkara yang dipanggil mati

Jangan seronok sangat
Guna semua kemudahan pemberian tuhan

Semua nikmat ada tempohnya
Semua nyawa ada tempohnya

Ingat tempoh itu tak tentu bila sampainya
Entah esok, entah lusa, entah-entah sekarang

Gunalah semua pemberian tuhan
Tapi tanya juga siapa yang memberi semua nikmat
Carilah pemberi nikmat
Sebelum semua nikmat itu tamat tempohnya

5 comments:

  1. Salam....boleh kita bersahabat?

    ReplyDelete
  2. email saudara Ahmad Fazil telah saya terima, terima kasih

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Saya suka blog tuan. Kata kata yg tersurat byk tersirat.
    Good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya

      Delete