Wednesday 6 February 2019

Takut Allah. Takut Kehilangan Allah

Manusia pandai berdusta

Kata P. Ramlee
Dunia ini
Hanya palsu
Manusia berdusta

Kita sering berkata di mulut
Takutkan Allah

Benarkah?
Pernahkah kita persoalkan diri kita sendiri
Benarkah aku ini hanya takutkan Allah?
Atau aku ini belum cukup takutkan Allah?

Penahkah kita menguji diri kita
Tahap ketakutan kita pada Allah
Pernahkah kita mengambil ujian takutkan Allah?

Kita bercakap takutkan Allah
Tapi tidak pernah sekalipun
Kita menguji diri kita tentang ketakutan kita pada Allah
Maka kata-kata kita yang kita hanya takutkan pada Allah
Hanya suatu pendustaan dan penipuan kita terhadap Allah

Kita takutkan hantu
Kita takutkan iblis
Kita takutkan syaitan
Kita takutkan dajjal

Tambah lagi
Kita takut miskin
Kita takut hilang pangkat
Kita takut hilang kuasa
Hilang hand phone boleh menggusarkan hati kita
Hilang beg duit boleh menakutkan kita
Hilang anak boleh menyebabkan kita tak tidur

Hilang Allah?
Kita boleh tidur dengan nyenyak
Kita tak peduli Allah hilang dalam hidup kita
Kita tidak lakukan pencarian terhadap Allah yang telah hilang dalam hidup kita

Kita tidak takut pun Allah hilang dari hidup kita
Kita lebih takut kehilangan hand phone
Kita lebih takut kehilangan anak

Sebab kita belum cukup takutkan Allah
Belum takut kehilangan Allah
Tidak takut kepada Allah
Menyebabkan kita tidak takut bila kehilangan Allah

Bila Allah sudah kita takutkan
Kita tidak takut lagi kehilangan pangkat, kuasa, harta, anak
Malah kehilangan nyawa pun tidak kita takutkan lagi

Takutlah kita kepada Allah
Takutlah kita kehilangan Allah
Supaya yang lain tidak lagi kita takutkan

Tidak Punya Apa-Apa

Datang tak bawa apa-apa
Balik pun tak bawa apa-apa

Datang tiada apa-apa
Balik pun tiada apa-apa

Sebenarnya kita ni apa pun tiada
Cuma tak sedar diri merasakan semuanya kita punya

Pangkat kita punya
Harta kita punya
Isteri kita punya
Anak kita punya

Di sana esok
Tiada satu pun kita punya

Belajarlah tidak punya apa-apa
Belajarlah buang semua yang ada

Supaya esok bila dah kena buang ke dalam
Sudah terbiasa dengan tidak punya apa-apa

Tentang Yang Di Belakang

Iblis dari Allah
Syaitan dari Allah
Malaikat dari Allah
Syurga dari Allah
Neraka dari Allah
Dajjal dari Allah

Jika lihat yang di depan macam banyak
Jika dilihat yang di belakang hanya Satu

Rupa-rupanya manusia lebih suka membicarakan yang banyak di depan
Dari membicarakan yang satu di belakang

Yang di depan kosong
Yang di belakang berisi
Rupa-rupanya manusia lebih suka membicarakan yang kosong dari yang berisi

Yang menghairankan bila mati ada hati nak jumpa yang Satu
Selama hidup tidak pernah mengingat atau mengkaji atau membicarakan tentang yang Satu

Tapi bila mati ada hati nak masuk syurga nak melihat yang Satu
Biar betul manusia ni

Semasa hayat tidak pernah berfikir tentang yang Satu
Sentiasa berbicara tentang yang di depan
Dalam kuliah
Dalam YouTube
Dalam Facebook
Dalam status

Sentiasa ceritanya tentang yang kosong di depan
Tetapi yang berisi di belakang
Tidak pernah dibicarakan
Jadi bila mati
Janganlah berangan nak berjumpa dengan yang Satu

Kalau semasa hidup selalu sahaja berbicara tentang iblis
Bila mati jumpalah iblis
Bila hidup sentiasa berbicara tentang dajjal
Bila mati pergilah jumpa dajjal
Ajaklah dajjal bersembang tentang dajjal

Apa selalu difikiran kita semasa hidup itulah yang kita akan jumpa selepas mati

Jadi semasa hidup ni
Selaraskan akal supaya sentiasa berfikir, mengkaji, mengaji dan mencari yang satu

Supaya selepas mati esok boleh sambung lagi cerita tentang yang Satu itu

Genap Setahun Aku Menghilang Feb 2018 - Feb 2019

Post terakhir aku pada 16 Febuari 2018
aku kembali 7 Feb 2019

Aku menghilang... tenggelam...
Menguruskan hal tentang Allah
Segala macam ilmu
Segala macam makhluk

Aku tetap berkarya
Segala yang terlintas
Jika sempat aku catat
Jila tak sempat
Ianya hilang di dalam Allah

Alhamdulillah
Masih ramai yang sudi membaca blog ini
Semoga kalian dibukakan hati oleh Allah
Untuk memahami Allah

Ilmu Allah itu sentiasa ada
Tetapi perlu dicari
Tak boleh baca
Kita lihat
Tak boleh melihat
Kita merasa
Tak boleh merasa
Kita mendengar

Apa cara sekalipun
Usaha mesti ada
Untuk mencari Allah
Sampai ketemu

Mohon maaf lama menghilang
Syukur masih ada roh dan masih ada jasad

Aku akan terus berkarya
Selagi berkesempatan

Friday 16 February 2018

Mencari yang satu



Cari sampai apa yang kita jumpa adalah Allah
Selagi tak boleh jumpa Allah jangan berhenti
Jangan putus asa

Allah tak pernah putus asa pada kita
Kenapa kita perlu putus asa pada Allah

Cari lagi
Tak boleh cari ikut atas
Kita cari ikut bawah
Tak jumpa ikut bawah
Kita cari ikut tepi
Yang penting kita terus mencari
Cari lagi

Jangan pernah berhenti
Jangan pernah menyerah kalah
Selagi namanya khalifah
Terus melangkah
Tanpa kalah

Kita mahu menang
Menang dan terus menang
Segala onak duri
Segala lautan berapi
Gunung nan tinggi
Awan nan putih
Langit nan biru
Semuanya akan ku jelajahi
Untuk mencari mu Tuhan

Itulah tujuan hidupku
Hanya satu
Mencari yang Satu

Melihat Allah



Tajuk yang sangat bahaya
Teramat bahaya
Tersilap faham
Entah ke manalah perginya

Bolehkah Allah itu dilihat
Ingin sangatkah kita melihat Allah?
Perlu ke kita melihat Allah?

Kita tahu Allah itu
Tidak berjisim
Tidak berjirim
Apa lagi yang mahu dilihat
Pada sesuatu yang tiada
Tiada jisim
Tiada jirim

Tetapi wujud
Wujud dalam keadaan tiada
Biasanya benda yang tiada
Tentulah tidak wujud

Itu hukum pada makhluk
Kalau tiada tidak wujud
Hukum ini tidak terpakai pada tuhan

Tuhan bukan makhluk
Untuk menggunakan hukum makhluk
Tuhan guna hukum tuhan
Wujud dalam keadaan tiada

Faham ke
Tak faham ke
Mudah saja
Tunggu esok bila dah tiada
Tentulah faham apa yang tiada
Kita yang wujud pun boleh tiada
Takkanlah Allah yang tiada tidak wujud

Pening dah ni
Tak mengapa
Aku pun pening
3 hari tidak tidur
Memang pening

Ada sesiapa nak cuba
Cubalah berjaga 3 hari
Tengok pening ke tak

Ada orang kata Allah itu boleh dilihat di dalam syurga
Entahlah
Di dunia yang nikmatnya sedikit pun kita tidak pernah terfikir tentang Allah
Dan tidak terfikir nak lihat Allah semasa di dunia

Di syurga lagilah
Nikmatnya banyak
Makanannya sedap
Bidadarinya cantik-cantik
Teringat lagi ke nak tengok Allah
Takut terlupa bila semuanya sudah cantik
Semuanya sudah sedap

Bagaimana Allah yang tidak berjisim
Tidak berjirim
Hendak menjisim dan menjirimkan dirinya supaya dapat dilihat oleh makhluk yang berjisim dan berjirim

Aku tidak tahu
Dan tak perlu ambil tahu

Suka hati Allahlah bagaimana Dia hendak memperlihatkan diri Nya
Adakah Allah perlu menjisim dan menjirim diri-Nya

Itu juga aku tak perlu tahu
Suka hati Allah
Kuasanya amat hebat
Tidak tercapai sains
Tidak tercapai akal

Ikut suka hati Allahlah
Yang penting kalau Dia menunjukkan diri-Nya
Kita lihatlah
Kalau kita terpilih untuk melihat-Nya
Kalau tidak kita makan saja sampai kenyang dan tidur

Pengembaraan Mati



Mati itu pengembaraan seorang aku
Seorang aku yang mencari Aku

Walaupun matinya beribu
Tetap mengembara seorang diri
Tiada siapa yang boleh membantu
Tiada siapa yang dapat menolong
Tiada siapa mengerti

Hanya diri sendiri yang mengembara mengerti segalanya
Pengembaraan mati itu bermula sekarang
Bermula semasa hidup

Semasa hidup inilah pengembaraan setelah mati
Ingin tahu bagaimana kita mengembara selepas mati

Lihatlah pengembaraan kita semasa hidup
Semasa hidup selalu memfitnah
Semasa mati penuh dengan fitnah
Semasa hidup selalu menipu
Semasa mati penuh penipuan

Inginkan pengembaraan yang seronok selepas mati
Pilihlah pengembaraan yang menyeronokkan semasa hidup

Penuhkan hidup dengan perkara yang baik-baik
Jangan sakitkan hati orang lain
Nanti ulat mayat sakitkan hati kita

Berbuat baiklah sesama manusia
Sentiasa menolong
Cakap yang baik-baik
Fikir yang baik-baik
Semoga apabila mati nanti
Semua yang baik-baik akan datang kepada kita