Friday 16 February 2018

Pengembaraan Mati



Mati itu pengembaraan seorang aku
Seorang aku yang mencari Aku

Walaupun matinya beribu
Tetap mengembara seorang diri
Tiada siapa yang boleh membantu
Tiada siapa yang dapat menolong
Tiada siapa mengerti

Hanya diri sendiri yang mengembara mengerti segalanya
Pengembaraan mati itu bermula sekarang
Bermula semasa hidup

Semasa hidup inilah pengembaraan setelah mati
Ingin tahu bagaimana kita mengembara selepas mati

Lihatlah pengembaraan kita semasa hidup
Semasa hidup selalu memfitnah
Semasa mati penuh dengan fitnah
Semasa hidup selalu menipu
Semasa mati penuh penipuan

Inginkan pengembaraan yang seronok selepas mati
Pilihlah pengembaraan yang menyeronokkan semasa hidup

Penuhkan hidup dengan perkara yang baik-baik
Jangan sakitkan hati orang lain
Nanti ulat mayat sakitkan hati kita

Berbuat baiklah sesama manusia
Sentiasa menolong
Cakap yang baik-baik
Fikir yang baik-baik
Semoga apabila mati nanti
Semua yang baik-baik akan datang kepada kita

No comments:

Post a Comment