Wednesday 21 May 2014

Pahala? Ada Ke Tak?

Ini cuma pandangan dan pendapat saya tentang pahala. Saya tidak memaksa orang lain untuk menerima pandangan ini. Terpulang pada anda untuk memakai mana-mana pandangan yang anda suka. Saya tidak berniat untuk membincangkan tentang pekara ini dari mana-mana sudut pandangan. Saya hanya cuma memberi pandangan saya sahaja. Maaf kalau anda tidak boleh menerima pandangan saya ini.

Pahala. Satu pemberian dari Allah untuk mereka yang telah membuat amal kebajikan, kebaikan, sembahyang, pahala, zikir, sedekah, zakat, haji, umrah dan berbagai lagi. Itulah yang sedia faham oleh kebanyakkan umat Islam.

Saya cuma minta faham maksud hamba. Di dunia ini kita pun tahu di zaman dahulu, hamba-hamba di dunia ini, bekerja tanpa upah dan tanpa gaji. Mereka cuma diberi makan, itupun sekadar untuk hidup dan boleh bekerja. Saya pula pelik mengapa kita yang mengaku hamba, sering mengharap pahala bila berbuat sesuatu. Kita ini hamba Allah yang hina, tiada apa-apa, semua yang ada pun Allah bagi, tapi bila kita buat sesuatu yang baik, kita meminta pahala dari tuan kita. Macamana hamba boleh minta pahala dari tuan? Kalau zaman dahulu, hamba yang minta gaji dari tuan, mungkin akan diseksa atau dibunuh. Kita pula tanpa rasa malu dan sedar diri ini hamba yang hina, minta pahala dari tuan kita. Betul ke cara kita? Sudahlah semuanya dapat free, lagi nak minta pahala. Nyawa dan tubuh percuma untuk ambil nikmat yang tidak terhitung, lagi nak minta pahala. Maaf cakap, bagi saya pahala tidak wujud dan tidak perlu wujud pun. Nikmat nyawa dan tubuh ini sudah lebih dari pahala yang sebesar alam Allah yang terjangkau oleh manusia. Mungkin nikmat ini lebih besar dari tujuh petala langit dan bumi. Maka apa perlu harap pahala, minta pahala, nak pahala, cari pahala?

Cari Allah itu lebih cukup dari pahala. Cari Allah tak perlu pahala. Cinta Allah tak perlu pahala. Suka Allah tak perlu pahala. Ambil nikmat Allah tak perlu pahala. Jangan biadap dengan Allah, semuanya nak pahala. Allah itu tuan dan tuhan kita. Kita ini hamba hina, mati dimakan ulat mayat. Berbau busuk di dalam tanah. Sikit-sikit nak minta pahala. Sedarlah diri. Tiada pahala kalau sudah ada Allah.

Friday 16 May 2014

Di Mana Allah?

Saya terpanggil untuk membicarakan sedikit tentang tajuk ini, kerana melayari google tentang Allah. Saya berkesempatan meilhat satu video di youtube membicarakan tajuk ini. Memang telah saya katakan dahulu, tajuk tentang Allah ini dibincangkan oleh semua orang Islam, semua mahzab, semua ilmuwan Islam, semua shiekhul, semua shiekh dan semua ustaz di dalam semua zaman. Sehinggakan semuanya pening, jawapan dari yang mana satu yang betul dan boleh dipakai. Jawapannya mudah, semua jawapan betul. Allah adalah segalanya dan segalanya adalah Allah. Cuma yang salah adalah salah faham dan salah tafsir.

Agak sedih juga saya melihat video itu apabila timbul ayat mengkafirkan golongan lain, yang tidak menerima Allah dari pandangan aliran dia. Semua aliran lain tentang di mana Allah adalah salah, aliran dia sahaja yang sangat betul dan sangat tepat. Selain dari itu semuanya kafir. Ayat inilah yang paling menyedihkan di dalam Islam yang tuhannya Allah dan nabinya Muhammad s.a.w. Mereka sering kafir mengkafir. Sekiranya Rasulullah s.a.w masih hidup, baginda pasti menangis semahu-mahunya dengan orang Islam yang beliau telah tinggalkan dan berkeadaan seperti ini.

Sudah ada berapa golongankah yang mengaku Islam, bertuhankan Allah dan bernabikan Muhammad s.a.w. dan sering kafir mengkafir? Kenapa harus berlaku seperti ini? Islam aliran aku sahaja yang betul, Islam yang aliran selain daripada aliran aku semuanya kafir.

Sudah-sudahlah tuan-tuan. Cukup. Jangan lagi mengkafirkan sesiapa? Biar sahaja Allah memberi hidayah untuk semua kembali bersatu menyembah Allah sahaja. Memang tajuk di mana Allah ini akan diperbincangkan terus menerus hingga bumi berkecai, kubur berkecai dan nyawa berkecai. Tetapi kita harus bersatu mempertahankan Islam dan jangan Islam itu dihancurkan oleh kita sendiri.

Saya sudah tidak mampu untuk bercakap apa lagi bagi mendamaikan keadaan ini. Cuma harapan saya. Jangan mengkafir dan jangan bergaduh. Kita kiblat satu, tuhan satu dan nabi yang satu. Tidak cukupkah itu semua yang satu itu untuk menyatukan kita di dalam Islam?

Kita kena ingat jawapan siapa yang kafir hanya Allah yang tahu, dan kita pun ada jawapan siapa yang sebenarnya kafir, cuma jawapan itu akan kita dapat bila kita telah tutup mata. Sayangnya bila kita sudah tutup mata. Jawapan itu kita akan pegang sehingglah kita mengadap Allah yang Tahu. Kuat sangatkah kita untuk memegang jawapan yang sebenarnya kita lah yang kafir di dalam kubur itu? Ingat kubur itu sangat dekat, lebih dekat dari apa yang kita sangkakan dekat. Begitu juga jawapan samada kita yang kafir juga sangat dekat. Jadi lebih baik kita bersatu dari berpecah dan sembahlah Allah sepuas-puasnya.

Thursday 15 May 2014

Bila Datangnya Ilmu Allah Pada Saya

Saya akui ilmu Allah itu datang tak kira masa, sedang memandu, sedang mengelamun, sedang nak tidur, dalam mimpi, baru bangun tidur, sedang mandi, sedang makan atau sedang menyapu. Kadangkala ada yang saya terlepas atau tak ingat kerana tidak mencatit. Sekarang ini bila datang sahaja ilmu Allah, saya akan rakam dengan suara atau taip secara ringkas supaya ilmu itu tidak hilang atau terlupa.

Namun saya cuba beri yang terbaik dalam menyampaikan ilmuNya. Maaf ada beberapa ilmu yang terlepas. Selepas ini memang saya akan catit atau rekod. Harap anda berpuashati dengan ilmu yang telah Allah berikan pada saya setakat ini.

Memang saya tak pernah puas dengan Allah. Saya nak lebih lagi. Lebih lagi dari Allah. Tiada yang penting selain Allah. Harap anda juga begitu. Terima kasih kepada Allah.

Menterjemah Ilmu Makrifat

Ilmu ini memang selalu cuba diterjemahkan oleh sesiapa sahaja, yang agak menyedihkan ilmu ini diterjemahkan oleh orang yang tidak faham makrifat. Mana mungkin mereka yang tidak kenal Allah mentafsirkan ilmu dari mereka yang kenal Allah. Tafsiran meraka adalah salah dan sangat salah. Kadangkala tidak sukar untuk mengetahui yang mentafsirkan ilmu Allah ini, faham atau tidak ilmu yang ditafsirkannya. Ayat yang digunakan untuk mentafsir sahaja sudah cukup memberitahu yang mentafsir itu tidak faham apa yang ditafsir.

Sebagai contoh, ayat 'Aku adalah Allah, sembahlah Aku'. Ayat ini tidak pernah pun ditafsirkan oleh pengeluar ayat, kerana selepas itu dia dipancung, tetapi yang membaca cerita ini yang cuba mentafsirkan ayat itu mengikut selera masing-masing. Maka banyaklah terjemahan dari ayat yang dibaca itu. Sampaikan apa diterjemahkan itu adalah salah dan tidak betul terjemahannya. Hanya mereka yang benar-benar faham maksud halus ayat itu yang tahu terjemahan yang cuba diberikan itu adalah salah.

Saya tidak salahkan mereka. Memang ilmu makrifat ini cuba ditafsir oleh ramai orang. Ada pula di antara mereka yang mengaku ahli dan pakar dalam ilmu makrifat. Sedangkan sebenarnya mereka tak tahu apa-apa tentang Allah, yang saya ingin mereka faham dan buat ialah, selepas ini janganlah mentafsir ilmu makrifat jika anda tidak kenal Allah. Jangan ulas apa-apa. Biarkan ayat makrifat itu sendiri dengan ayatnya. Jangan ulas apa-apa. Ceritakan sahaja ayat itu tanpa ulasan. Kalau ada orang minta ulas, kata sahaja saya tidak faham jadi saya tak boleh ulas. Ayat itu dikeluarkan begitu maka saya cuma ikut ayat asal tanpa sebarang ulasan atau terjemahan dan tafsiran. Itu lebih baik dari anda tersalah tafsir. Bukan apa, dikhuatiri dalam majlis itu ada yang faham tentang ayat itu dan mungkin nanti anda akan dipersalahkan kerana menyalah tafsir ayat itu, dan ianya memang salah anda, kerana cuba mentafsir sesuatu yang anda tidak faham.

Saya harap dalam ulasan ringkas ini anda dapat faham maksud saya. Jangan ulas, terjemah atau tafsir sesuatu ayat makrifat sekiranya ada tidak kenal Allah dan faham maksud halus ayat itu.

Berapa Lama Blog Ini Bertahan?

Saya sendiri tidak tahu jawapannya, Allah saja yang tahu. Blog saya tak ramai pengunjung pun, dan saya tidak peduli dengan pengunjung. Walaupun seorang, saya berterima kasih pada Allah, walau sejuta orang, saya berterima kasih pada Allah, walau tak seorang pun yang membaca blog ini, saya berterima kasih pada Allah.

Setelah beberapa kali menyemak senarai negara pengunjung, yang agak pelik kepada saya, kerana kebanyakkan pengunjung datangnya dari United States. Adakah orang Islam di sana lebih ramai yang berminat dengan ilmu mengenal Allah? Adakah kerana mereka ini mempunyai akal dan rasa ingin tahu yang tinggi? Kenapa tidak ramai Islam di Malaysia yang berminat dengan ilmu mengenal Allah? Allah sahaja yang tahu. Terima kasih kepada orang Islam di United States kerana melayari blog ini.

Oleh kerana saya tidak tahu bila blog ini akan ditutup, saya meminta anda yang membaca blog ini dapat menyalin semua ilmu ini untuk disebarkan. Tidak perlu meminta izin saya untuk disebarkan ilmu ini, kerana ianya bukan ilmu saya pun. Saya tidak berilmu dan tidak pernah mempunyai apa-apa ilmu. Ianya milik Allah dan akan kembali kepadaNya jua. Selagi hayat di kandung badan, selagi itulah ilmu Allah ini harus terus tersebar dan disebarkan. Itu tugas kita yang menjadi khalifah.

Saya berkata begini kerana saya tahu dan faham tentang ilmu ini, ilmu ini memang telah lama wujud, cuma kewujudannya tidak dapat diterima oleh semua orang, tidak dapat difahami oleh semua orang. Mereka yang terpilih sahaja Allah bukakan segalanya dan memahami segalanya. Mereka ini cuma ingin mengajar orang lain kenal Allah sekenal-kenalnya seperti engkau kenal jari jemarimu dan seperti engkau kenal setiap inci tubuhmu. Oleh kerana ilmu ini sangat sukar dan sangat susah untuk difahami oleh manusia biasa, maka ilmu ini tidak begitu dikenali umum. Ilmu ini dikatakan sesat, murtad dan macam-macam lagi. Mungkin nanti saya akan disuruh mengucap dan bertaubat nasuha kerana ilmu ini.

Selagi blog ini belum tersebar luas dan menyebabkan panik dalam masyarakat, saya minta anda yang membaca blog ini agar menyimpan, menyalin laman blog ini dan sebarkan lagi. Mungkin Allah akan fahamkan kepada meraka yang ingin mencariNya dengan tulisan ini. Mungkin dengan tulisan ini akan ada manusia lain diluar sana yang mengenal Allah, tahu yang mereka tidak keseorangan dalam mengenal Allah, dan mereka tahu ada insan lain yang Allah telah beri kefahaman tentang Allah sebagaimana yang mereka faham tentang Allah. Supaya mereka tahu rahsia Allah itu Allah telah bukakan kepada ramai orang. Kadangkala aku ingin sangat mengetahui apakah perbualan wali songo tentang Allah? Apakah yang mereka sering bincangkan tentang Allah. Mesti seronok kalau dapat bersembang tentang Allah secara beramai-ramai dari mereka yang kenal Allah.

Mungkin akan sampai satu masa bila blog ini sudah semakin dikenali ramai, saya akan diarahkan supaya menutup blog ini, kerana saya mengajar ilmu sesat dan ilmu murtad. Bila sampai masa itu, memang saya akan padam semua yang ada di blog ini, dan blog ini akan saya tutup selamanya. Tetapi ilmuNya tidak akan pernah tertutup. Anda yang pernah menyalinnya boleh sebarkan lagi ilmu ini. Terjemahkanlah ia dalam bahasa apapun. Semua bahasa pun milik Allah. Kalau tidak, masakan orang Russia berdoa Allah boleh faham, kalau bahasa itu bukan milikNya.

Harap anda faham, ilmu ini sentiasa mempunyai musuh tradisinya sejak zaman berzaman. Iaitu mereka yang tidak faham. Adakah salah meraka? Tidak! Mereka tidak pernah bersalah. Allah memang telah tetapkan begitu perjalanan ilmu ini, dan saya harap anda juga begitu. Faham perjalanan ilmu ini. Terima kasih kerana menyalin dan menyebarakan ilmu ini.

Kuasa Allah Itu...

Kuasa Allah itu terlalu lalu besar, tersangat sofistikated, terlalu berteknologi, terlalu tinggi sehinggakan sesiapa pun tidak perasan apa-apa pun yang telah berlaku, dan dikatakan semuanya terjadi secara semulajadi.

Allah itu terlalu berkuasa sehinggakan kuasanya lenyap di dalam manusia. Allah itu begitu nyata, sehingga nyataNya ia lenyap di dalam manusia. Allah itu begitu hebat, sehingga kehebatanNya telah menjadi kehebatan manusia.

Hebat sungguh Allah. Kuasanya sangat dashyat, sampaikan sesiapa pun tidak perasaan tentang apa yang telah berlaku? Malah yang paling hebat sekali, oleh kerana kedashyatan kuasa Allah di dalam manusia, sehinggakan ada manusia mengaku dirinya tuhan, dan ada juga yang berkata 'there is no god'. Itulah dia tanda-tanda kehebatan Allah di dalam ilmuNya yang telah Allah turunkan kepada hambaNya.

Selagi kamu tidak dapat memahami betapa hebatnya kuasa Allah, maka selagi itulah kamu tidak akan faham Allah. Bagaimana kamu ingin katakan Allah itu hebat, sekiranya kehebatan kuasa Allah pun kamu tidak dapat rasa? Merasa, melihat dan memahami kehebatan kuasa Allah adalah perlu untuk kamu faham Allah. Bagaimana caranya? Banyak dan sangat banyak caranya, yang paling mudah sekali, mulakan setiap kuasa Allah itu dengan pertanyaan. Nampak apa pun, tanya? Rasa apa pun, tanya? Hidu apa pun, tanya? Bertanya, bertanya dan terus bertanya? Undurkan, undurkan dan undurkan. Sampai tak jumpa jawapan, di situ kamu akan nampak jawapannya adalah Allah.

Saya tidak boleh mengajar secara terperinci di sini, kerana ruangan yang terhad dan penyampaian secara tulisan agak kurang sesuai. Walaupun begitu, rahsianya telah saya bukakan dengan luas, cuma perlukan akal dan kebenaran dariNya sahaja. Maka jumpalah segalanya. Saya berharap Allah akan bukakan segala kuasaNya kepada anda. Allah itu tiada yang mustahil.

Monday 12 May 2014

Bumi dan Big Bang

Teori ini telah kedengaran sejak manusia mula rasa dirinya pandai untuk tafsirkan alam ini. Dalam mentafsirkan alam ini, manusia cuba untuk menidakkan Allah. Manusia suka kepada benda yang tiada kepastian. Sebab itu jika ilmu Allah itu tidak boleh ditafsirkan oleh akal manusia, jadi manusia cuba berteori.

Untuk mengadakan dan mewujudkan bumi, manusia dengan mudah mengatakan ia terjadi dengan big bang. Teori manusia ialah sebelum ada sesuatu, perlu ada sesuatu berlaku, maka wujudlah big bang. Persoalannya, siapa pula yang mewujudkan big bang, sebab manusia suka mewujudkan sesuatu untuk mewujudkan sesuatu selepas itu, nyatakan dengan jelas, apa benda dalam big bang tu tiba-tiba boleh meletup secara tiba-tiba. Untuk mewujudkan bumi perlu big bang. Untuk mewujudkan big bang pulak, perlu apa? Cuba undurkan lagi? Apa lagi yang perlu wujud sebelum big bang? Tidak boleh kita bercakap tanpa bukti. Itu akan melemahkan fakta. Mana boleh bom meletup tanpa suis, tanpa api. Api takde, suis takde, bom meletup. Kedengarannya agak lucu, tetapi bila sebut big bang, banyak manusia percaya tanpa kelucuan.

Mana boleh semula jadi, mesti ada benda yang mewujudkan big bang, carilah benda apa yang mewujudkan big bang tu. Kupas lagi, cari bukti lagi, cari fakta lagi, cari, cari dan cari. Allah dah sebut banyak dalam Al-Quran. Sesiapa yang Allah nak tutup matanya, memang apa pun dia tak nampak. Sesiapa yang Allah nak bukakan matanya, semua pun dia nampak. Perlukah kita melayan teori dongeng orang yang telah dibutakan mata dan akal mereka oleh Allah? Cukuplah kita doakan supaya Allah bagi mereka hidayah sebanyak-banyaknya.

Soalan dan Pernyataan Tentang Allah?

Semasa aku tenggelam dalam mayat, aku merasakan lebih banyak soalan yang muncul dalam benakku. Sesetengah soalan itu amat pelik dan unik yang tidak pernah terlintas pun dalam kotak fikiranku selama ini.

Malah aku juga berjumpa dengan beberapa pernyataan pelik yang tidak pernah aku ketahui sebelum ini. Malah ada pernyataan yang pernah aku baca sebelum ini tetapi aku tidak faham maksudnya sehinggalah pada masa aku tenggelam dalam mayat, barulah aku faham maksud ayat-ayat yang aku baca selama ini.

Antara soalan yang muncul:
Berapakah usia dunia ini?
Dari manakah alam ini datang atau terhasil?
Dari manakah asal manusia?
Dari manakah asal matahari?
Macamana jantung boleh membesar dan berdenyut?
Adakah semua di alam ini semulajadi?
Kalau ianya bukan semula jadi, siapakah yang menjadikan ia?
Dan bagaiamana ianya dijadikan?
Hebatkah pencipta alam ini?
Adakah alam ini yang paling hebat dicipta tuhan?
Apakah benda lain yang dicipta oleh pemilik alam?
Di alam manakah benda lain itu tercipta?
Siapakah pemilik alam ini?
Macamana dia dikatakan sebagai pemilik alam?
Siapakah iblis?
Siapakah syaitan?
Siapakah malaikat?

Apakah itu loh mahfuz?
Dapatkah loh mahfuz itu diubah?
Apa itu pahala?
Apa itu doa?
Apa fungsi doa?
Benarkah doa boleh mengubah segalanya?
Apa itu dosa?
Apa itu hamba?
Apa itu tuan?
Adakah pahala benar-benar wujud?
Kenapa semut tiada jantung dan darah?
Kenapa semut boleh angkat beban 50 kali ganda berat badannya, sedangkan semut tiada otot dan jantung?

Tuan-tuan kalau nak disenaraikan, memang tak larat nak taip, sebab soalan-soalan itu laju dan jawapannya pun kadang-kadang laju. Maaf, ada antara soalan-soalan yang keluar dalam fikiranku ini tidak boleh aku nyatakan di sini atas sebab-sebab keselamatan dan tahap pemahaman dan pemikiran kita yang berbeza. Aku tidak mahu soalan-soalan itu menimbulkan kekecohan tentang pemahaman Allah yang sedia ada dan banyak dalam masyarakat.


Maaf, maaf, maaf ayat-ayat yang berbentuk pernyataan juga banyak, tetapi sangat banyak tidak boleh dikongsi kerana kalau tidak memang akan menjadi kontroversi di sini kerana pemahaman kita yang berbeza dan ayat-ayat ini pernah diucapkan oleh banyak wali-wali Allah sebelum ini. Aku bukan wali, aku hanyalah mayat sepi. Aku kadang-kadang merasa takut untuk berbicara lebih-lebih tentang Allah di dalam blog ini. Sebabnya mereka-mereka yang pernah membocorkan rahsia Allah banyak yang telah mati dibunuh dan dituduh sesat. Aku hanya berharap akan dapat membuahkan perkara-perkara baru tentang mereka yang masih lagi mencari dan memahami Allah.


Kadangkala aku merasakan diriku ini amat keseorangan di dunia ini. Tiada teman untuk berbicara tentang Allah. Semua teman bicara hanya boleh berbicara tentang Allah yang sedia faham dalam masyarakat. Bila nak sembang tentang Allah sebagaimana yang Allah bagi aku faham, aku tak boleh berbicara dengan sesiapa pun, kerana tahap pemahaman tentang Allah yang berbeza, tapi aku selalu berbicara dengan Allah, kerana Allah sahaja yang faham isi hatiku. Cuma aku bukan Nabi Musa yang Allah boleh membalas bicaraku dalam nyata.

Aku tahu Allah itu berkata-kata, dan tetap akan terus berkata-kata selamanya, dan aku suka berkata-kata dengan Allah dan juga untuk selamanya. Terima kasih Allah.

Makrifat Ilmu Tinggi?!

Bila sahaja disebut makrifat, ada yang merasakan itu ilmu tinggi, ilmu itu perlu berguru, ilmu itu sesat, tak perlu belajar,  ilmu itu mengarut dan bermacam-macam lagi cerita. Bagi saya, tak perlu panggil ilmu makrifat, cukuplah panggil ilmu mayat. Hanya mayat kenal siapa dirinya, dan siapa penciptanya. Saya selama ini berasa amat malu untuk memanggil ilmu ini, ilmu makrifat, sebab psikologi masyarakat Islam di Malaysia ini sering mengaitkan ilmu ini dengan ilmu tertinggi. Sedangkan ilmu ini hanyalah ilmu tentang mayat yang berbicara.

Cuma saya masih memanggil ilmu ini, ilmu makrifat untuk permudahkan ianya difahami. Hanya kerana itu sahaja, kalau tidak saya lebih suka memanggil ilmu ini sebagai ilmu mayat. Kepada mereka-mereka-mereka diluar sana, janganlah merasakan ilmu makrifat ini ilmu tertinggi, rasalah ilmu ini sebagai ilmu yang paling rendah, tahap mayat di dalam tanah. Nak kenal Allah tak perlu ilmu yang tinggi-tinggi. Ilmu paling rendahlah yang paling senang nak kenal Allah.

Tentang andaian-andaian lain mengenai ilmu ini, saya rasa saya telah menjawabnya dalam post-post sebelum ini, dan mungkin dalam post yang akan datang. Semoga selepas ini anda semua dapat menukarkan persepsi ilmu makrifat itu hanyalah ilmu mayat.

Friday 9 May 2014

Adakah Wali Nak Jadi Wali?

Wali Allah, hebat! Boleh jalan atas air, boleh terbang di atas angin. Siapa yang nak? Semua pun nak! Benarkah begitu?

Tuan-tuan, wali ini mengikut cerita yang pernah saya baca, biasanya diberitahukan oleh seorang lagi wali yang mempunyai pangkat wali yang biasanya lebih tinggi dari wali yang ditemuinya. Mungkin ada antara mereka ini tidak tahu pun yang mereka itu wali sehingga mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir, dan wali-wali ini tidak seorang pun di antara mereka yang ingin menjadi wali. Mereka ini cuma orang-orang yang memuja dan memuji Allah dan sentiasa berkata-kata dengan Allah sepanjang umur mereka. Tidak pernah terlintas sedetik pun di hati mereka, aku nak jadi wali. Mereka ini cuma berkata, aku ingin bersama Allah, dan aku ingin kenal sangat akan Allah dan rahsia-rahsianya.

Mereka-meraka ini jika pun ada kelebihan seperti berjalan atas air, terbang seperti angin, bukanlah atas kehendak dan keinginan mereka. Ketika mereka berjalan dan terbang itu, tidak ada sedetik pun perasaan bangga diri, riak, takkabur dengan apa yang mereka lakukan. Jika ada perasaan-perasaan itu walau sedetik pun, maka terhempaslah mereka ke bumi, atau lemaslah mereka di dalam air.

Mereka membuat segala-galanya itu atas izin Allah dan keperluan yang Allah izinkan. Bukan sebab untuk menunjuk-nunjuk atau seumpamanya. Ingatlah kita bukan nak jadi wali, kita nak jadi hamba. Maka jadilah hamba sehina-hinanya di atas muka bumi ini. Selain dari itu, semua urusan tuan punya bumi.

Harap janganlah ada yang belajar ilmu Allah ini untuk jadi wali, maka anda pasti tidak bertemu apa-apa. Takut-takut lagi menjadi semakin sesat.

Sembahyang Masuk Syurga?

Ayat ini memang begitu popular di kalangan orang Islam. Saya cuma ingin mengulas ada mereka-mereka yang Allah masukkan ke dalam syurga bukan sebab mereka selalu sembahyang. Tetapi disebabkan hati-hati mereka yang ikhlas. Ini juga bukanlah untuk mengatakan yang kita tidak perlu sembahyang, hanya perlu ikhlas, sudah tentu tidak begitu. Cuma saya ingin mengajak tuan-tuan lebih mengerti banyak cerita tentang hal untuk masuk syurga. Saya pernah mengupas sebelum ini, syurga hak mutlak Allah, bukan hak mutlak manusia. Juga bukan untuk mereka-mereka yang sering berangan-angan yang Allah akan masukkan mereka ke dalam syurga kerana mereka banyak bersembahyang, bersedekah, bezikir dan beramal. Syurga juga bukan untuk mereka yang merasakan diri mereka telah banyak membuat pahala.

Pahala yang kita sangkakan telah di kumpul selama 100 tahun, boleh hilang sekelip mata sahaja tuan-tuan. Cukuplah dengan berkata, aku telah banyak bersembahyang, aku telah banyak bersedekah dan aku telah banyak berzikir kepada seorang sahaja manusia lain, jangankan pahala 100 tahun, pahala 100 juta tahun pun boleh hilang sekelip mata. Takut neraka pula yang menanti. Pahala juga boleh hilang jika terdetik sahaja di dalam hati, 'aku sudah buat banyak pahala, takkanlah Allah tak bagi aku masuk syurga'. 

Tidak perlu kita memikirkan tentang pahala kalau kita hanya memikirkan tentang Allah, Allah itu lebih dari segalanya, lebih dari pahala, lebih dari syurga, lebih dari neraka dan seisinya. Fikir sahaja Allah, Allah dan Allah. Cukup perkara lain tak penting pun. Sembahyang jangan ditinggal, itu hadiah dari Allah kenalah ambil. Cuma jangan beranggapan dengan sembahyang sahaja boleh masuk syurga.

Jadilah Mayat Untuk Hidup!

Kenapa perlu jadi mayat!

Mayat tiada EGO
Mayat tiada AKU
Mayat tiada NAFSU
Mayat tiada EMOSI
Mayat tiada RIAK
Mayat tiada SOMBONG
Mayat tiada GUNDAH GULANA
Mayat tiada TAKKABUR
Mayat tiada TIPU
Mayat tiada DUIT
Mayat tiada PANGKAT
Mayat tiada HARTA
Mayat tiada SESIAPA
Mayat tiada DUNIA
Mayat tiada APA-APA PUN
Mayat hanya ada ALLAH

Jadi tuan-tuan untuk hidup selalu-selalukanlah jadikan diri tuan-tuan seperti mayat.
Selamat mencuba.

Thursday 8 May 2014

Semuanya Salah Iblis dan Syaitan!

Ramai umat Islam selalunya menyalahkan iblis dan syaitan atas segala perkara jahat yang mereka lakukan, dan juga menyalahkan iblis dan syaitan kerena menggoda mereka. Apa sahaja perkara jahat yang berlaku salah iblis dan syaitan. Mesti jauhkan iblis dan syaitan dengan zikir-zikir tertentu sebab iblis dan syaitan takut dengan zikir-zikir tertentu. Benarkah begitu?

Kita harus ingat siapa iblis dan syaitan ini. Mereka ini malaikat yang terlebih dahulu berzikir dari kita. Mereka ini berzikir jauh lebih lama dan lebih banyak bilangan zikirnya dari semua zikir orang Islam jika dikumpulkan sekali seluruh umat yang berzikir selama umur dunia ini. Munasabahkah mereka ini takut dengan zikir? Jadilah umat Islam yang berilmu dan memahami. Mereka ini telah berbicara dengan Allah sebelum kita. Mereka ini kenal Allah lebih hebat dari kita kenal Allah. Tahap makrifat mereka kepada Allah silap-silap lebih dari tahap makrifat kita kepada Allah. Jadi faham ini dulu sebelum berzikir untuk halau iblis dan syaitan.

Harap selepas ini jangan ada lagi yang berkata zikir boleh halau iblis dan syaitan. Bagaimana pula ceritanya tentang hamba Allah yang hebat amalannya akhirnya mati kafir? Pernahkan anda membaca kisahnya? Apa pula yang ingin dijawab dengan zikir dan Al-Quran yang diamalkan orang itu sedangkan dia pun tersungkur? Jawabnya keizinan Allah.

Sebenarnya apabila kita menyalahkan iblis dan syaitan atas semua perkara jahat yang kita lakukan, siapakah yang sebenar-benarnya yang kita persalahkan? Cuba berfikir dengan roh. Siapa sebenarnya dalang disebalik iblis dan syaitan ini? Hebat sangatkah iblis dan syaitan ini yang bergerak, berjalan, melompat tanpa izin dari yang empunya gerak? Bila kita salahkan iblis dan syaitan ini, siapa yang kita salahkan sebenarnya? Jawapannya ialah Allah. Ya, Allah. Lebih tepat lagi disebut, kita telah terus menyalahkan tuan dan tuhan kepada iblis dan syaitan ini. Kita kena ingat iblis dan syaitan masih lagi bertuhankan Allah, mereka sentiasa sedar tuhan mereka adalah Allah selama-lamanya, malah kuasa Allah ini mereka lebih faham dari kita, mereka ini lebih takutkan Allah dari kita. Cuma loh mahfuz nya sudah begitu.

Kita kata hanya Allah yang berkuasa, tetapi bila kita terpedaya dengan iblis dan syaitan, kita kata iblis dan syaitanlah yang telah memperdaya kita. Dalam secara halusnya kita telah mempecayai ada kuasa pada iblis dan syaitan ini ke atas kita.

Adakah esok di padang mashyar kita perlu lagi menyalahkan iblis dan syaitan atas kesalahan kita? Apakah Allah akan menghukum iblis dan syaitan sahaja atas semua kesalahan kita? Kalau iblis dan syaitanlah yang bersalah atas segala perbuatan kita, sepatutnyalah hanya iblis dan syaitan sahajalah yang Allah hukum, kerana mereka yang bersalah, kita tak salah, sebab mereka goda kita, bukan salah kita? Benarkah begitu? Tuan-tuan sendiri pun tahu jawapannya. Kita akan dipertanggungjawabkan atas semua dan segalanya yang kita lakukan. Jadi dimanakah iblis dan syaitan yang sibuk kita persalahkan di dunia ini? Mereka tidak ada disitu untuk memikul kesalaha tuan-tuan. Jadi adakah di situ baru tuan-tuan ingin sedar selama ini iblis dan syaitan tidak pernah bersalah atas kesalahan tuan-tuan? Tuan-tuanlah yang bertanggungjawab atas segala-galanya. Iblis dan syaitan tidak ada kena-mengena dalam hal tuan-tuan, tetapi tuan-tuanlah bertanggungjawab atas segala-galanya.

Seperti dalam post saya yang lalu, kenapa dalam hati dan akal kita perlu ada nama iblis dan syaitan ini. 'Delete' terus nama-nama ini, bila diseluruh roh sentiasa ada Allah, boleh ke nama-nama lain masuk ke dalam kita. Perlu ke nama-nama lain itu diingat dan dipedulikan bila tuhan segala benda sahaja yang kita nampak. Tuan-tuan, terpersona dengan Allah akan menghilangkan segala-gala nama, bentuk, rupa, paras, bau, rasa, dan apa sahaja yang berjisim.

Sudah-sudahlah tu, jangan diulang-ulang lagi nama iblis dan syaitan ini di dalam hidup kita. Tumpukan sepenuh jiwa dan raga, akal dan fikiran, gerak dan perbuatan hanya kepada Allah. Habis cerita.