Friday 9 May 2014

Sembahyang Masuk Syurga?

Ayat ini memang begitu popular di kalangan orang Islam. Saya cuma ingin mengulas ada mereka-mereka yang Allah masukkan ke dalam syurga bukan sebab mereka selalu sembahyang. Tetapi disebabkan hati-hati mereka yang ikhlas. Ini juga bukanlah untuk mengatakan yang kita tidak perlu sembahyang, hanya perlu ikhlas, sudah tentu tidak begitu. Cuma saya ingin mengajak tuan-tuan lebih mengerti banyak cerita tentang hal untuk masuk syurga. Saya pernah mengupas sebelum ini, syurga hak mutlak Allah, bukan hak mutlak manusia. Juga bukan untuk mereka-mereka yang sering berangan-angan yang Allah akan masukkan mereka ke dalam syurga kerana mereka banyak bersembahyang, bersedekah, bezikir dan beramal. Syurga juga bukan untuk mereka yang merasakan diri mereka telah banyak membuat pahala.

Pahala yang kita sangkakan telah di kumpul selama 100 tahun, boleh hilang sekelip mata sahaja tuan-tuan. Cukuplah dengan berkata, aku telah banyak bersembahyang, aku telah banyak bersedekah dan aku telah banyak berzikir kepada seorang sahaja manusia lain, jangankan pahala 100 tahun, pahala 100 juta tahun pun boleh hilang sekelip mata. Takut neraka pula yang menanti. Pahala juga boleh hilang jika terdetik sahaja di dalam hati, 'aku sudah buat banyak pahala, takkanlah Allah tak bagi aku masuk syurga'. 

Tidak perlu kita memikirkan tentang pahala kalau kita hanya memikirkan tentang Allah, Allah itu lebih dari segalanya, lebih dari pahala, lebih dari syurga, lebih dari neraka dan seisinya. Fikir sahaja Allah, Allah dan Allah. Cukup perkara lain tak penting pun. Sembahyang jangan ditinggal, itu hadiah dari Allah kenalah ambil. Cuma jangan beranggapan dengan sembahyang sahaja boleh masuk syurga.

No comments:

Post a Comment