Thursday 15 May 2014

Kuasa Allah Itu...

Kuasa Allah itu terlalu lalu besar, tersangat sofistikated, terlalu berteknologi, terlalu tinggi sehinggakan sesiapa pun tidak perasan apa-apa pun yang telah berlaku, dan dikatakan semuanya terjadi secara semulajadi.

Allah itu terlalu berkuasa sehinggakan kuasanya lenyap di dalam manusia. Allah itu begitu nyata, sehingga nyataNya ia lenyap di dalam manusia. Allah itu begitu hebat, sehingga kehebatanNya telah menjadi kehebatan manusia.

Hebat sungguh Allah. Kuasanya sangat dashyat, sampaikan sesiapa pun tidak perasaan tentang apa yang telah berlaku? Malah yang paling hebat sekali, oleh kerana kedashyatan kuasa Allah di dalam manusia, sehinggakan ada manusia mengaku dirinya tuhan, dan ada juga yang berkata 'there is no god'. Itulah dia tanda-tanda kehebatan Allah di dalam ilmuNya yang telah Allah turunkan kepada hambaNya.

Selagi kamu tidak dapat memahami betapa hebatnya kuasa Allah, maka selagi itulah kamu tidak akan faham Allah. Bagaimana kamu ingin katakan Allah itu hebat, sekiranya kehebatan kuasa Allah pun kamu tidak dapat rasa? Merasa, melihat dan memahami kehebatan kuasa Allah adalah perlu untuk kamu faham Allah. Bagaimana caranya? Banyak dan sangat banyak caranya, yang paling mudah sekali, mulakan setiap kuasa Allah itu dengan pertanyaan. Nampak apa pun, tanya? Rasa apa pun, tanya? Hidu apa pun, tanya? Bertanya, bertanya dan terus bertanya? Undurkan, undurkan dan undurkan. Sampai tak jumpa jawapan, di situ kamu akan nampak jawapannya adalah Allah.

Saya tidak boleh mengajar secara terperinci di sini, kerana ruangan yang terhad dan penyampaian secara tulisan agak kurang sesuai. Walaupun begitu, rahsianya telah saya bukakan dengan luas, cuma perlukan akal dan kebenaran dariNya sahaja. Maka jumpalah segalanya. Saya berharap Allah akan bukakan segala kuasaNya kepada anda. Allah itu tiada yang mustahil.

No comments:

Post a Comment