Saturday 2 July 2016

Rindukan diri yang asal



Aku rindukan diriku yang asal
Diriku yang asal mengenal tuhannya
Diriku yang asal mengenal diri
Diriku yang asal hanya bersujud pada tuhan
Diriku yang asal tidak kenal selain daripada allah

Aku rindukan diriku yang asal
Diriku yang asal hanya bersama dengan Dia
Diriku yang asal tiada benda lain di tengah-tengahnya
Diriku yang asal hanya patuh pada dia
Aku rindukan diriku yang asal

Jasad Itu Penjara Roh



Mungkin ramai yang tidak perasan
Atau tidak mengerti
Kenapa jasad itu penjara roh
Mungkin ada yang tidak faham perkaitan

Penjara
Satu tirai besi
Jasad juga umpama satu tirai besi
Di dalamnya ada roh
Roh yang terpenjara
Terpenjara oleh pemiliknya sendiri
Roh dipenjarakan oleh jasad

Ramai yang tidak tahu
Mereka sedang di dalam penjara
Tidak bebas
Mengikut jadual yang sama
Sama macam banduan
Makan tidur
Tidur makan

Mereka tidak pernah bosan
Melakukan perkara yang sama setiap hari
Malah merasa seronok pula melakukannya

Aku pun hairan
Kenapa merasa seronok melakukan aktiviti yang sama seperti di dalam penjara
Semua banduan lain pun sama
Semua mereka tidak perasan yang mereka adalah banduan
Apakah yang telah menipu mereka
Penjara yang besar
Atau sedapnya makan
Atau lenanya tidur
Atau jasad yang disangka wujud itulah yang sebenarnya sedang menipu mereka

Rasanya aku ingin sahaja membebaskan mereka semua yang berada di dalam penjara itu
Tetapi aku tidak mampu
Mereka memasuki penjara itu dengan kerelaan hati mereka
Malah mereka memang seronok duduk di dalam penjara
Astro ada
Internet ada
Semua pun ada

Aku tidak mampu membebaskan mereka
Melainkan mereka sendiri yang ingin meninggalkan penjara itu
Meninggalkan jasad itu
Dengan cara meninggal dunia

Meninggal dunia bukan sahaja bermaksud mati
Malah bermaksud meninggalkan dunia ini
Sekiranya mereka mampu melakukan itu

Baharulah mereka akan bebas
Bebas dari penjara jasad
Jasad itu penjara kepada roh
Tinggalkan jasad
Maka akan bebaslah roh

Aku berharap kamu akan dapat melakukannya
Walaupun aku tahu tidak semua mampu melakukannya
Sebab aku masih melihat penjara tetap sentiasa penuh
Dengan manusia yang masih tidak tahu
Mereka sebenarnya masih di dalam penjara