Friday 16 February 2018

Mencari yang satu



Cari sampai apa yang kita jumpa adalah Allah
Selagi tak boleh jumpa Allah jangan berhenti
Jangan putus asa

Allah tak pernah putus asa pada kita
Kenapa kita perlu putus asa pada Allah

Cari lagi
Tak boleh cari ikut atas
Kita cari ikut bawah
Tak jumpa ikut bawah
Kita cari ikut tepi
Yang penting kita terus mencari
Cari lagi

Jangan pernah berhenti
Jangan pernah menyerah kalah
Selagi namanya khalifah
Terus melangkah
Tanpa kalah

Kita mahu menang
Menang dan terus menang
Segala onak duri
Segala lautan berapi
Gunung nan tinggi
Awan nan putih
Langit nan biru
Semuanya akan ku jelajahi
Untuk mencari mu Tuhan

Itulah tujuan hidupku
Hanya satu
Mencari yang Satu

Melihat Allah



Tajuk yang sangat bahaya
Teramat bahaya
Tersilap faham
Entah ke manalah perginya

Bolehkah Allah itu dilihat
Ingin sangatkah kita melihat Allah?
Perlu ke kita melihat Allah?

Kita tahu Allah itu
Tidak berjisim
Tidak berjirim
Apa lagi yang mahu dilihat
Pada sesuatu yang tiada
Tiada jisim
Tiada jirim

Tetapi wujud
Wujud dalam keadaan tiada
Biasanya benda yang tiada
Tentulah tidak wujud

Itu hukum pada makhluk
Kalau tiada tidak wujud
Hukum ini tidak terpakai pada tuhan

Tuhan bukan makhluk
Untuk menggunakan hukum makhluk
Tuhan guna hukum tuhan
Wujud dalam keadaan tiada

Faham ke
Tak faham ke
Mudah saja
Tunggu esok bila dah tiada
Tentulah faham apa yang tiada
Kita yang wujud pun boleh tiada
Takkanlah Allah yang tiada tidak wujud

Pening dah ni
Tak mengapa
Aku pun pening
3 hari tidak tidur
Memang pening

Ada sesiapa nak cuba
Cubalah berjaga 3 hari
Tengok pening ke tak

Ada orang kata Allah itu boleh dilihat di dalam syurga
Entahlah
Di dunia yang nikmatnya sedikit pun kita tidak pernah terfikir tentang Allah
Dan tidak terfikir nak lihat Allah semasa di dunia

Di syurga lagilah
Nikmatnya banyak
Makanannya sedap
Bidadarinya cantik-cantik
Teringat lagi ke nak tengok Allah
Takut terlupa bila semuanya sudah cantik
Semuanya sudah sedap

Bagaimana Allah yang tidak berjisim
Tidak berjirim
Hendak menjisim dan menjirimkan dirinya supaya dapat dilihat oleh makhluk yang berjisim dan berjirim

Aku tidak tahu
Dan tak perlu ambil tahu

Suka hati Allahlah bagaimana Dia hendak memperlihatkan diri Nya
Adakah Allah perlu menjisim dan menjirim diri-Nya

Itu juga aku tak perlu tahu
Suka hati Allah
Kuasanya amat hebat
Tidak tercapai sains
Tidak tercapai akal

Ikut suka hati Allahlah
Yang penting kalau Dia menunjukkan diri-Nya
Kita lihatlah
Kalau kita terpilih untuk melihat-Nya
Kalau tidak kita makan saja sampai kenyang dan tidur

Pengembaraan Mati



Mati itu pengembaraan seorang aku
Seorang aku yang mencari Aku

Walaupun matinya beribu
Tetap mengembara seorang diri
Tiada siapa yang boleh membantu
Tiada siapa yang dapat menolong
Tiada siapa mengerti

Hanya diri sendiri yang mengembara mengerti segalanya
Pengembaraan mati itu bermula sekarang
Bermula semasa hidup

Semasa hidup inilah pengembaraan setelah mati
Ingin tahu bagaimana kita mengembara selepas mati

Lihatlah pengembaraan kita semasa hidup
Semasa hidup selalu memfitnah
Semasa mati penuh dengan fitnah
Semasa hidup selalu menipu
Semasa mati penuh penipuan

Inginkan pengembaraan yang seronok selepas mati
Pilihlah pengembaraan yang menyeronokkan semasa hidup

Penuhkan hidup dengan perkara yang baik-baik
Jangan sakitkan hati orang lain
Nanti ulat mayat sakitkan hati kita

Berbuat baiklah sesama manusia
Sentiasa menolong
Cakap yang baik-baik
Fikir yang baik-baik
Semoga apabila mati nanti
Semua yang baik-baik akan datang kepada kita