Thursday 6 July 2017

Memahami Loh Mahfuz

Inilah satu tajuk yang paling risau aku nak kupas
Sebab kupasan tajuk ini ada sejuta cara
Ada sejuta pemahaman
Sesiapa pun boleh tafsir mengikut selera sendiri

Kalau salah tafsir mengikut selera pemahaman dari aliran yang berlainan
Akan dituduh Jabariyah atau Qadariyah
Silap-silap mungkin boleh dituduh gila
Aku ini orang gila
Jadi tuduhlah apa pun aku tidak kisah sebab aku orang gila

Bagi aku mudah sahaja
Walaupun Loh Mahfuz itu satu kitab yang telah pun lengkap
Malah boleh saja kalau ingin disebutkan satu kitab yang telah pun berlaku segala apa yang sudah ditulis di dalamnya
Aku lebih suka cara pemahaman yang begini
Anggaplah kita lapar
Tersangat lapar
Boleh ke kita kenyang kalau tangan tidak menyuap nasi ke mulut
Boleh ke kita kenyang kalau mulut tidak mengunyah  dan menelan nasi

Maka rasa aku mudah sahaja pemahaman yang begini
Tidak boleh kita mengatakan kalau Allah nak bagi aku kenyang maka tanpa makan pun aku boleh kenyang
Walaupun Allah mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki Nya
Setiap yang berlaku juga tetap ada gerakan dari kita

Sesiapa yang ingin menyerah diri pada Allah
Dan mengatakan kita tidak ada usaha
Sebab Allah dah tentukan
Aku ingin mencadangkan kepada mereka yang berfahaman sebegini
Supaya jangan makan
Jangan minum
Sebab kalau Allah dah tentukan kenyang
Tanpa makan tanpa minum pun kita boleh kenyang

Mereka yang berpendapat seperti ini mulai hari ini
Jangan makan jangan minum
Baring saja tunggulah mati
Cepat sahaja boleh jumpa tuhan

Sepanjang pemerhatian aku belum lagi berjumpa dengan orang yang sanggup menyerah diri pada Loh Mahfuz dengan hanya berbaring tetapi menunggu kenyang

Maka mudahlah faham
Apa juga anda lakukan itulah Loh Mahfuz
Apa juga yang tidak anda lakukan itu juga tetaplah Loh Mahfuz
Menunggu kenyang tanpa makan itu juga Loh Mahfuz
Makan menyuap ke mulut menelan sampai kenyang itu pun juga tetaplah Loh Mahfuz

Macam kita berjalan jumpa lubang
Mengelak atau masuk ke dalam lubang
Mengelak itu juga Loh Mahfuz
Masuk terus ke dalam lubang itu juga tetaplah Loh Mahfuz

Mana yang lebih anda suka
Masuk ke dalam lubang atau mengelak lubang
Pilihlah yang mana pun
Apa pun pilihan anda tetaplah ia juga Loh Mahfuz

Memilih untuk menjadi miskin pun Loh Mahfuz
Memilih untuk menjadi kaya pun tetaplah Loh Mahfuz
Maka ringkas kata apa juga yang anda lakukan itulah Loh Mahfuz
Rahsia Loh Mahfuz itu pada anda
Anda lah Loh Mahfuz itu

Faham ke tak faham ni
Loh Mahfuz terletak pada tangan anda
Maka buatlah pilihan bijak
Untuk menentukan mana satukah Loh Mahfuz yang paling anda suka

Aku ini orang gila
Cakap pun merepek
Aku pun tak tahu pendapat gila aku ini kategori Jabariyah atau Qadariyah
Sebab apa pun itulah Loh Mahfuz

Semoga anda dapat mengarang kitab Loh Mahfuz anda secantik dan sebaik yang boleh
Allah itu cantik
Maka janganlah kita mengarang kitab Loh Mahfuz kita seburuk-buruknya
Walapun yang buruk itu tetaplah juga ianya dari Allah
Pilihlah yang cantik sedap mata memandang
Sebelum mata itu di makan ulat mayat yang busuk sehingga menjadi buruk