Friday 26 August 2016

Hijab Antara Hidup dan Mati

Antara hidup dan mati itu ada hijab
Beruntunglah mereka yang dapat mengangkat hijab itu
Dan hanya Allah sahaja yang mampu mengangkat hijab itu

Tetapi kamu mesti mencuba
Seperti Thomas Edison mencuba mencipta mentol 9,999 kali percubaan yang gagal
Berapa kali kamu mencuba mengenal tuhanmu
9 kali?
999 kali?
9,999 kali?
Nah! sekarangkan kamu tahu
Bahawa kamu sememangnya tidak pernah mencuba mengenal tuhanmu
Mungkin sekali pun kamu tidak pernah mencuba untuk mengenal tuhanmu

Hijab yang paling besar antara hidup dan mati itu adalah JASAD
Ya JASAD
Itulah hijabnya antara hidup dan mati
Beruntunglah siapa yang dapat mengangkat hijab jasad ini

Untuk mengangkat hijab ini mudah sahaja
Tanamkan jasadmu itu di dalam tanah
Biarkan ia beberapa puluh tahun
Kan sekarang hijabmu sudah hilang

Itulah caranya memusnahkan hijab yang menutup penglihatanmu kepada tuhanmu
Caranya nampak mudah
Melakukannya amat-amat susah
Percayalah
Aku pernah melaluinya

Melihat pada jasad memang akan menghilangkan tuhan
Merasa kewujudan diri memang akan menghilangkan kewujudan tuhan
Sesuatu yang menghalang itu mestilah dihapuskan sama sekali

Maka hijab Jasad perlulah kamu hapuskan
Inilah penghalang besar antara kamu dengan tuhan
Jika kamu mampu menghilangkan jasad
Maka akan kenallah kamu akan tuhanmu

Mengenal diri itu
Boleh saja bermaksud mengenal diri yang mati
Mengenal diri yang hilang
Mengenal diri yang hancur
Mengenal diri yang TIADA

Untuk menghilangkan jasad
Perlukan kain kapan
Perlukan lahat
Perlukan tanah
Perlukan ulat mayat
Sediakan kesemua yang diatas
Dan lakukan apa yang perlu

Kalau kesemua di atas tidak mampu kamu sediakan
Jangan sebut tentang usaha kamu untuk mengenal tuhanmu
Kamu sememangnya tidak pernah berusaha untuk mengenal tuhan
Kamu berdusta dalam mengenal tuhan

Aku berharap kamu mencuba
Kalau semuanya susah untuk dicari
Carilah yang terakhir... ulat mayat
Kecil sahaja
Letakkan seekor
Ia akan menjadi sejuta
Tunggu sejuta itu menjadikan kamu debu halus

Sesudah menjadi debu
Carilah kembali jasadmu
Ada ke Tiada
Siapa kamu ini
Ada atau Tiada?

Selama ini apa yang ada
Dan apa pula yang Tiada
Cukuplah setakat ini
Aku sudah menyampaikan
Apa kata selepas ini kamu mencuba

Cuba angkat hijab jasadmu
Semoga kamu berjaya
Tidak berjaya? tidak mengapa
Kamu boleh mencuba sehingga 9,999 kali lagi untuk berjaya

Aku Raja

Aku Raja Ya Allah
'Aku Raja Segala Raja'

Aku kaya Ya Allah
Semua Kekayaan Aku yang berikan

Aku Berpangkat Ya Allah
Pangkat 'Aku' lah yang paling besar

Aku banyak buat amal ibadah
Semua anggota yang membuat amal ibadah itu Milik Ku

Aku banyak buat pahala Ya Allah
Semua pahala juga dari Aku

Aku sentisa patuh padamu Ya Allah
Aku lebih tahu darimu

Aku memiliki kerajaan yang paling besar di dunia Ya Allah
Semua kerajaan yang besar Aku yang punya
Malah tiada siapapun makhluk yang memiliki kerajaan sebesar Ku

Aku yang paling banyak mengarang kitab agama Ya Allah
Semua ilmu adalah dari Ku

Aku banyak membantu orang miskin Ya Allah
Semua rezeki adalah dariku

Apalagi yang ingin kamu persembahkan di depan tuhanmu
Cukup-cukuplah
Jangan kamu memalukan dirimu sendiri di depan tuhanmu

Bukankah lebih baik kamu mendiamkan diri dan patuh pada tuhanmu