Sunday 24 January 2016

Ujian Makrifat Untuk Anda. Selamat Menjawab.



Setelah hampir 3 tahun aku berkarya di blog ini dengan lebih 100 post.

Selama itu juga ada antara kalian bersama-sama membaca dan juga cuba menyelami perasaan dunia bawah tanah.

Ada baiknya juga aku memberi kalian sedikit ujian. Untuk menguji sejauh mana pemahaman kalian terhadap ilmu kenal ulat mayat ini.

Soalannya mudah.

Sekiranya esok tak kira pukul berapa, sedang anda asyik melakukan sesuatu. Datanglah malaikat pencabut nyawa, memberitahu anda mempunyai 10 minit sahaja lagi untuk MATI.

Berdasarkan ilmu ulat mayat yang pernah anda baca di blog ini. Apakah yang harus anda lakukan?

Tanpa perlu berfikir panjang. Tidak lebih dari 10 saat. Sila jawab segera.

Tidak semua jawapan akan disiarkan. Hanya jawapan yang terpilih sahaja disiarkan. Itupun jika ada yang sudi dan berani menjawab soalan MAUT ini.

Selamat menjawab.

Apa Itu Khalifah?



Kalau kita tengok orang yang nazak nak mati
Semuanya lemah
Semuanya tak larat

Mungkin juga ada antaranya yang takut nak mati
Habis tu
Siapakah yang menggerakkan dunia ini?
Tidakkah dulunya mereka
Bukankah mereka dulu yang melangkah gagah di atas dunia ini

Menggerakkan semuanya
Menjalankan semuanya
Sekarang mereka semua sudah tidak mampu
Kerana ajal sudah mendekati

Apakah ajal hanya mendekati mereka?
Tidakkah ajal juga mendekati kita?

Habis tu
Kenapa dunia masih bergerak
Dan tidak mati
Walaupun telah begitu banyak orang yang mati
Dunia tetap tidak akan mati

Sibuk betul dunia ini
Macam-macam ada
Macam tidak ada sesiapa pun yang mati
Semua elok jer
Bergerak cantik jer
Betul-betul macam takde orang yang mati

Hairan aku
Kubur sentiasa penuh
Dunia bergerak bermacam ragam
Yang menipu
Yang membunuh
Yang makan rasuah
Yang makan harta anak yatim
Yang menjadi tahfiz
Yang terus bersembahyang

Takkan tak perasan
Kalau dah perasan
Nampak ke semua pergerakkan yang bergerak
Faham ke apa yang bergerak
Apa yang tidak bergerak

Hidup itu bergerak
Mati itu senyap dan tidak bergerak
Mudahnya
Selagi hidup bergeraklah
Buatlah
Jadilah orang yang paling gagah
Jadilah orang yang paling kaya malah lebih kaya dari Si Qarun
Tiada apa yang salah
Bumi ini dan seluruh isi di dalamnya memang untuk kita, KHALIFAH
Kalau Si Qarun boleh kaya
Kenapa kita tak boleh?

Jangan pulak sebab takut nak mati
Dah tak nak begerak
Nak duduk atas sejadah sahaja
Nak duduk di masjid sahaja

Allah tidak suka khalifahnya lemah
Allah itu Maha Kuat lagi Gagah Perkasa
Kita pun haruslah kuat
Kita mengaku tuhan kita yang paling hebat
Takkan kita lemah, tak nak uruskan dunia
Nak biarkan siapa uruskan dunia ini?
Kalau bukan kita yang kenal tuhan
Dan kenal apa itu khalifah

Boleh naik langit, teruskanlah lepas ke langit ketujuh
Boleh turun ke bumi, masuklah sampai ke dalam dasar ketujuh
Kita khalifah
Bumi, langit dan segala isinya
Untuk kita
Untuk kita teroka
Untuk kita buat sesuatu dengannya
Janganlah takut untuk menakluk dunia dan segala isinya

CUMA
Jangan kau lupa
Dengan Tuhanmu
Itu sahaja
Itu satu sahaja
Pahat betul-betul dalam segenap urat nadimu
Setiap hela nafasmu
Hanya DIA sahaja di dalam ingatanmu
SELAMAnya

Semoga kau faham
Apa maksud khalifah
Apa maksud dunia
Apa maksud tuhanmu
Mengutuskan Adam ke dunia ini

Aku Si Ulat Mayat



Aku pemakan daging manusia
Manusia semasa hidup makan yang sedap-sedap sahaja
Masa mati, aku dibaginya makan daging busuk
Apa nak buat, aku ulat mayat
Mana ada makan daging sedap
Daging yang busuk itulah daging yang sedap bagi aku

Banyak manusia lupakan aku
Sedangkan akulah yang paling banyak memakan manusia
Jangankan manusia yang sudah mati
Kadangkala manusia yang hidup pun aku makan juga daging busuk mereka
Ada juga manusia yang menggunakan aku sebagai pembersih daging busuk bagi pesakit kencing manis
Ada juga gunanya aku kepada manusia yang masih hidup

Aku ingat aku hanya berguna sebagai pembersih manusia yang telah mati
Bukan apa
Manusia bila sudah mati dagingnya akan membusuk
Takde siapa yang sanggup hidu daging busuk manusia tu
Akulah yang sanggup bersihkan manusia busuk tu
Tujuan letak manusia dalam tanah supaya bau busuk manusia mati tidak dihidu oleh manusia yang masih hidup

Dan lagi supaya manusia yang hidup tidak tahu macam mana rupanya dia esok mati dimakan ulat mayat
Bila manusia tidak tahu macam mana aku memakan manusia lain
Maka mudahlah manusia lupa akan mati
Lupa akan aku si ulat mayat
Lupa akan dirinya
Lupa akan tuhannya
Semua pun lupa

Bila dah lupa
Maka jadilah manusia seperti makhluk yang tidak kenal akan dirinya
Tidak kenal akan tuhannya
Lupa segalanya tentang mati
Ingat hanya pada dunia
Sedangkan mati dan ulat mayat itu adalah sesuatu yang pasti untuk mereka

Aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh tuhan aku
Manusialah yang sering lupa pada tuhan mereka
Bila dah tua, sakit dan dekat nak mati
Baru nak ingat tuhan
Baru nak bersembahyang
Baru nak berzikir
Baru nak bertaubat
Baru nak buat baik

Sedangkan mati itu tidak menunggu sesiapa
Tidak kira masa sakit atau tua
Orang tua aku makan
Orang yang belum sempat lahir pun aku juga yang makan

Wahai manusia ingatlah mati
Di dalam mati itu ada rahsia
Rahsia tentang tuhanmu

Aku si ulat mayat
Telah mengingatkan kamu
Tunggulah kita berjumpa nanti
Aku makan kamu semuanya
Tanpa ada sedikit sisa pun
Terima kasih manusia
Kerana memberi aku makan daging busukmu


Saturday 23 January 2016

Asyik Dengan Apa?



Kita ini asyik dengan apa
Dunia ke Allah?
Asyik dengan diri sendiri
Asyik dengan harta
Asyik dengan perempuan
Asyik dengan isteri
Asyik dengan anak-anak
Asyik dengan pangkat
Asyik dengan kerja
Asyik dengan hutang
Asyik shopping
Asyik gossip

Asyik tengok HP
Asyik fb, wassap berasap
Asyik berceramah
Asyik jom kuliah
Asyik dengan kawan-kawan
Asyik kejar sana sini
Asyik projek sana sini
Asyik juta sana sini
Asyik tukar kereta modified kereta
Asyik konsert sana sini
Asyik update status 'jom solat'
Asyik selfie sana sini
Asyik vape on
Asyik Keep Calm And bla bla bla

Banyaknya asyik asyik asyik...
Asyik asyiknya bercinta aaa..
Bila masanya kita asyik dengan Allah?
Bila?

Tanya diri sendiri dan jawab
Dengan segala jenis keasyikkan dunia yang disebutkan di atas
Bila masanya kita boleh asyik dengan Allah
Aku tidak fikir kita boleh melepaskan diri dengan mudah dari segala jenis belitan dunia yang sememangnya mengasyikkan

Jangankan Mat Songkok
Mat Serban pun belum tentu boleh buang keasyikkan dunia ini
Kita semua ini pendusta
Kata saja sayangkan Allah
Tapi keasyikkan kepada dunia melebihi kepada keasyikkan kepada Allah

Padahal
Bila sudah asyik dengan Allah
Tiada apa lagi benda di atas dunia ini yang boleh mengatasi keasyikkan kepada Allah
Kalaupun kalian boleh faham

Bagaimana hidup di atas dunia ini untuk meletakkan keasyikkan kepada Allah melebihi dari segala yang ada
Orang yang tidak asyik dengan Allah tidak akan boleh faham akan hal yang satu ini
Asyik hanya dengan Allah sahaja
Yang lain semua tiada
Semasa hanya ada Allah
Yang lain semua memang TIADA
Yang lain semua pun memang akan TIADA
Buat apa nak ingat benda yang memang asalnya TIADA
Menuju pun kepada TIADA
Baiklah kita hanya ingat yang ADA
Dan Sentiasa ADA
Tiada yang lain selain DIA