Sunday 24 January 2016

Apa Itu Khalifah?



Kalau kita tengok orang yang nazak nak mati
Semuanya lemah
Semuanya tak larat

Mungkin juga ada antaranya yang takut nak mati
Habis tu
Siapakah yang menggerakkan dunia ini?
Tidakkah dulunya mereka
Bukankah mereka dulu yang melangkah gagah di atas dunia ini

Menggerakkan semuanya
Menjalankan semuanya
Sekarang mereka semua sudah tidak mampu
Kerana ajal sudah mendekati

Apakah ajal hanya mendekati mereka?
Tidakkah ajal juga mendekati kita?

Habis tu
Kenapa dunia masih bergerak
Dan tidak mati
Walaupun telah begitu banyak orang yang mati
Dunia tetap tidak akan mati

Sibuk betul dunia ini
Macam-macam ada
Macam tidak ada sesiapa pun yang mati
Semua elok jer
Bergerak cantik jer
Betul-betul macam takde orang yang mati

Hairan aku
Kubur sentiasa penuh
Dunia bergerak bermacam ragam
Yang menipu
Yang membunuh
Yang makan rasuah
Yang makan harta anak yatim
Yang menjadi tahfiz
Yang terus bersembahyang

Takkan tak perasan
Kalau dah perasan
Nampak ke semua pergerakkan yang bergerak
Faham ke apa yang bergerak
Apa yang tidak bergerak

Hidup itu bergerak
Mati itu senyap dan tidak bergerak
Mudahnya
Selagi hidup bergeraklah
Buatlah
Jadilah orang yang paling gagah
Jadilah orang yang paling kaya malah lebih kaya dari Si Qarun
Tiada apa yang salah
Bumi ini dan seluruh isi di dalamnya memang untuk kita, KHALIFAH
Kalau Si Qarun boleh kaya
Kenapa kita tak boleh?

Jangan pulak sebab takut nak mati
Dah tak nak begerak
Nak duduk atas sejadah sahaja
Nak duduk di masjid sahaja

Allah tidak suka khalifahnya lemah
Allah itu Maha Kuat lagi Gagah Perkasa
Kita pun haruslah kuat
Kita mengaku tuhan kita yang paling hebat
Takkan kita lemah, tak nak uruskan dunia
Nak biarkan siapa uruskan dunia ini?
Kalau bukan kita yang kenal tuhan
Dan kenal apa itu khalifah

Boleh naik langit, teruskanlah lepas ke langit ketujuh
Boleh turun ke bumi, masuklah sampai ke dalam dasar ketujuh
Kita khalifah
Bumi, langit dan segala isinya
Untuk kita
Untuk kita teroka
Untuk kita buat sesuatu dengannya
Janganlah takut untuk menakluk dunia dan segala isinya

CUMA
Jangan kau lupa
Dengan Tuhanmu
Itu sahaja
Itu satu sahaja
Pahat betul-betul dalam segenap urat nadimu
Setiap hela nafasmu
Hanya DIA sahaja di dalam ingatanmu
SELAMAnya

Semoga kau faham
Apa maksud khalifah
Apa maksud dunia
Apa maksud tuhanmu
Mengutuskan Adam ke dunia ini

No comments:

Post a Comment