Sunday 24 January 2016

Aku Si Ulat Mayat



Aku pemakan daging manusia
Manusia semasa hidup makan yang sedap-sedap sahaja
Masa mati, aku dibaginya makan daging busuk
Apa nak buat, aku ulat mayat
Mana ada makan daging sedap
Daging yang busuk itulah daging yang sedap bagi aku

Banyak manusia lupakan aku
Sedangkan akulah yang paling banyak memakan manusia
Jangankan manusia yang sudah mati
Kadangkala manusia yang hidup pun aku makan juga daging busuk mereka
Ada juga manusia yang menggunakan aku sebagai pembersih daging busuk bagi pesakit kencing manis
Ada juga gunanya aku kepada manusia yang masih hidup

Aku ingat aku hanya berguna sebagai pembersih manusia yang telah mati
Bukan apa
Manusia bila sudah mati dagingnya akan membusuk
Takde siapa yang sanggup hidu daging busuk manusia tu
Akulah yang sanggup bersihkan manusia busuk tu
Tujuan letak manusia dalam tanah supaya bau busuk manusia mati tidak dihidu oleh manusia yang masih hidup

Dan lagi supaya manusia yang hidup tidak tahu macam mana rupanya dia esok mati dimakan ulat mayat
Bila manusia tidak tahu macam mana aku memakan manusia lain
Maka mudahlah manusia lupa akan mati
Lupa akan aku si ulat mayat
Lupa akan dirinya
Lupa akan tuhannya
Semua pun lupa

Bila dah lupa
Maka jadilah manusia seperti makhluk yang tidak kenal akan dirinya
Tidak kenal akan tuhannya
Lupa segalanya tentang mati
Ingat hanya pada dunia
Sedangkan mati dan ulat mayat itu adalah sesuatu yang pasti untuk mereka

Aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh tuhan aku
Manusialah yang sering lupa pada tuhan mereka
Bila dah tua, sakit dan dekat nak mati
Baru nak ingat tuhan
Baru nak bersembahyang
Baru nak berzikir
Baru nak bertaubat
Baru nak buat baik

Sedangkan mati itu tidak menunggu sesiapa
Tidak kira masa sakit atau tua
Orang tua aku makan
Orang yang belum sempat lahir pun aku juga yang makan

Wahai manusia ingatlah mati
Di dalam mati itu ada rahsia
Rahsia tentang tuhanmu

Aku si ulat mayat
Telah mengingatkan kamu
Tunggulah kita berjumpa nanti
Aku makan kamu semuanya
Tanpa ada sedikit sisa pun
Terima kasih manusia
Kerana memberi aku makan daging busukmu


No comments:

Post a Comment