Friday 16 February 2018

Allah Yang Tidak Logik



Allah itu adalah sesuatu yang tidak logik pada akal
Kerana Allah itu tidak logik pada akal
Maka lahirlah pelbagai bentuk tuhan
Malah yang menghilangkan tuhan pun ada
Yang menjadi tuhan pun ada
Kenapa?

Kerana akal tidak dapat melogikkan tuhan
Kalau akal manusia boleh melogikkan tuhan
Tentulah semua ini tidak berlaku
Tentulah semua makhluk mempertuhankan tuhan yang satu itu
Tentu tuhan hanya yang satu itu saja yang dikenal dan dipatuhi dipercayai dan diagungkan

Bagaimana hendak melogikkan tuhan
Ini juga satu masalah
Kerana akal manusia tidak pernah sama
Walaupun akhir setiap manusia itu sama iaitu M.A.T.I.
Akhir hidup yang sama
Tetapi akal yang tidak pernah sama semasa hidup

Itulah yang pelik
Ada akal tetapi tidak pernah melogikkan tuhan
Apa yang dilihat tak tahulah
Apa yang melihat pun tak tahu

Mungkin kerana manusia melihat dalam bentuk penglihatan yang sama
Penglihatan yang buta
Buta pada mata
Buta pada hati

Maka hilanglah tuhan itu
Aku pun sukar hendak mengajar penglihatan yang melogikkan tuhan
Maksudnya tuhan itu logik
Dengan melihat diri sendiri
Akal itu akan melogikkan tuhan
Mata hati juga akan melogikkan tuhan
Cuma cara melihat tuhan itu dalam bentuk yang logik
Memerlukan akal yang bagaimana
Memerlukan ilmu yang bagaimana
Itu sahaja masalahnya

Pada aku tuhan itu logik dalam segalanya
Segalanya tetap menjurus kepada tuhan
Apa pun yang dilihat
Apa pun yang dirasa
Apa pun yang dipegang
Semuanya menjurus kepada logiknya tuhan

Masalahnya akal aku melogikkan tuhan
Tidak dapat dicapai oleh akal-akal yang lain yang ada di luar sana

Kerana akal diluar sana dilatih oleh akal-akal yang sebelumnya yang telah gagal melihat tuhan
Yang telah mewujudkan akal sendiri
Dengan memadam akal yang sepatutnya melogikkan tuhan

Kalau nak ikutkan sedih
Memang sedih
Tapi apakan dayaku
Aku hanya manusia biasa
Yang akalnya sudah gila
Gila hingga ke tahap akalku tidak boleh diterima dalam dunia manusia
Tetapi agaknya mungkin boleh diterima oleh dunia 7 kaki di dalam tanah

Latihlah akal
Perlahan-lahan
Tidak perlu terburu-buru
Fikirlah perlahan-lahan
Dalam melogikkan tuhan
Carilah tanda-tanda yang dapat melogikkan tuhan
Ada tandanya
Jelas dan nyata
Cuma mungkin akal sahaja yang tidak dapat menyatakan kewujudan tuhan
Ketidakcapaian akal kepada melogikkan tuhan bukan bermakna tuhan itu tidak wujud
Kalaupun akal kita menghilangkan tuhan
Tidak juga bermakna tuhan itu tidak logik
Mungkin kerana akal masih belum mampu mencapai kepada logiknya tuhan

Perlahan-lahanlah
Fikirlah perlahan-lahan
Aku suka cara yang perlahan
Kerana cara yang laju amat merbahaya
Boleh menyebabkan kematian
Macam memandu laju
Kelajuan boleh menyebabkan kematian

Macam bawa kereta
Kalau bawa perlahan kita boleh melihat keindahan alam di kiri dan kanan
Mungkin dengan perlahan-lahan akan dapat menyedarkan kita kepada keindahan alam semula jadi
Dan mungkin dapat melogikkan tuhan

Seperti biasa
Tetap juga Allah yang akan menampakkan akal kepada Dia
Semoga anda menikmati keindahan alam semula jadi dengan perlahan

No comments:

Post a Comment