Monday 12 May 2014

Makrifat Ilmu Tinggi?!

Bila sahaja disebut makrifat, ada yang merasakan itu ilmu tinggi, ilmu itu perlu berguru, ilmu itu sesat, tak perlu belajar,  ilmu itu mengarut dan bermacam-macam lagi cerita. Bagi saya, tak perlu panggil ilmu makrifat, cukuplah panggil ilmu mayat. Hanya mayat kenal siapa dirinya, dan siapa penciptanya. Saya selama ini berasa amat malu untuk memanggil ilmu ini, ilmu makrifat, sebab psikologi masyarakat Islam di Malaysia ini sering mengaitkan ilmu ini dengan ilmu tertinggi. Sedangkan ilmu ini hanyalah ilmu tentang mayat yang berbicara.

Cuma saya masih memanggil ilmu ini, ilmu makrifat untuk permudahkan ianya difahami. Hanya kerana itu sahaja, kalau tidak saya lebih suka memanggil ilmu ini sebagai ilmu mayat. Kepada mereka-mereka-mereka diluar sana, janganlah merasakan ilmu makrifat ini ilmu tertinggi, rasalah ilmu ini sebagai ilmu yang paling rendah, tahap mayat di dalam tanah. Nak kenal Allah tak perlu ilmu yang tinggi-tinggi. Ilmu paling rendahlah yang paling senang nak kenal Allah.

Tentang andaian-andaian lain mengenai ilmu ini, saya rasa saya telah menjawabnya dalam post-post sebelum ini, dan mungkin dalam post yang akan datang. Semoga selepas ini anda semua dapat menukarkan persepsi ilmu makrifat itu hanyalah ilmu mayat.

No comments:

Post a Comment