Sunday 9 August 2015

Faham Ke Mati Tu

Kadangkala aku sering bertanya
Faham ke kita akan mati itu
Faham ke kita semuanya tentang mati
Sebut mati dah selalu
Mungkin setiap hari
Tapi faham ke apa yang kita sebut itu

Aku pernah bertanya pada diriku
Ulat mayat yang pertama akan muncul dari mana dalam tubuhku di dalam tanah nanti?
Dari mana datangnya ulat mayat yang akan memakan tubuhku di dalam tanah?
Dari mata?
Dari otak?
Dari perut?
Oh tidak, dari tempat yang paling busuk dalam tubuhku
Ya, usus besar
Disitu ada najis
Najis yang busuk yang Allah ciptakan sebagai tempat untuk datangnya ulat mayat
Dari situlah akan muncul ulat mayat yang pertama yang akan meratah tubuhku

Aku bertanya lagi
Adakah perutku akan meletup di dalam tanah
Mungkin juga
Perutku ini akan menjadi seperti belon
Besar dan semakin membesar
Dan BOOOOMMMM meletup seperti belon pecah
Sewaktu ianya pecah
Ulat mayat bersepah termuntah dari perutku yang pecah itu
Hinanya aku
Diri yang semasa hidup merasa mulia
Diri yang semasa hidup merasa wangi
Rupanya mati hanya sebagai seketul daging busuk

Aku masih mencari diri
Mencari diri dalam makna diri yang mati
Siapa yang mati itu?
Aku
Aku siapa?
Aku lah
Aku diri

Maka siapa pula yang berdiri?
Carilah
Carilah siapa yang berdiri

Aku merasakan ulat mayat menyentak-menyentak memasuki otakku
Otak yang ku banggakan sangat
Otak yang hebat semasa hidup
Di situ bermulanya segala pergerakan diri
Di situ bermulanya macam-macam bentuk pemikiran
Di situ bermulanya segala tingkah laku
Di situ bermulanya segala kesombongan kepada tuhan
Di situ bermulanya manusia melupakan tuhannya

Benda itu sekarang berada di dalam rendaman ulat mayat
Mungkin sedap agaknya ulat mayat memakan otakku yang mencair
Kerana otak ni lembut
Mungkin juga cepat sahaja ulat mayat menyedutnya kerana ianya lembut
Aku menangis, aku menangis
Menangis memikirkan ini semua
Tetapi aku melihat manusia lain bergembira
Mereka tidak fikirkah akan mati?
Kenapa, adakah mati ini tidak akan menghampiri mereka?

Mereka pernah ke dengar ayat
Setiap yang hidup pasti akan merasai mati
Ataupun mereka rasa, mereka lambat nak mati
Ataupun mereka rasa. mereka tidak akan mati
Ataupun mereka rasa, mati tu sama seperti hilang
Hilang begitu sahaja
Entahlah, aku pun tak tahu

Cuma aku semakin lemah
Tubuhku semakin lemah
Aku semakin menyusut
Ulat mayat semakin hari semakin banyak memakan aku
Setiap inci tubuhku disedutnya
Sampai semuanya hilang
Tinggallah tulang

Aku berfikir
Binatang apa plak yang makan tulang?
Entahlah
Yang aku tahu kalau lama-lama di dalam tanah itu
Mungkin juga sebahgian tulangku akan hilang
Dan sebahagian lagi akan ada

Apalah aku ini
Hidup pun jadi tulang
Aku melihat sendiri dagingku yang membusuk luruh dari tubuhku bersama ulat mayat
Aku melihat sendiri tubuhku menjadi tulang
Aku adalah tulang temulang yang bergerak
Aduh sakitnya

Apakah ini yang tuhan mahu untuk aku?
Sudah tentu
Aku yang beria-ria sangat nak kenal tuhan
Sekarang Allah tunjukkan aku ini siapa
Rasakan
Nak sangat kenal tuhankan
Ambillah rasa ini
Rasakan betul-betul
Rasakan seolah-olah aku memang telahpun mati
Aku pasrah
Dia yang memberi
Apakah aku mampu menolaknya?
Berapa orang yang dapat rasa macam ini?
Entahlah, dia sahaja yang tahu
Selagi rasa ini yang Dia berikan
Aku terima semuanya

Aku pun tak tahu tuan-tuan dapat ke rasa apa yang aku ceritakan ini
Aku hanya penyampai cerita
Bukan pemberi faham
Bacalah tuan-tuan
Dan cuba-cubalah rasakan
Dan cuba-cubalah lihat seperti mana yang aku melihat

Harap tuan-tuan dapatlah rasa mati
Dapatlah kenal mati
Dapatlah kenal diri yang busuk
Dapatlah kenal diri yang tiada
Dapatlah kenal apa yang ADA

No comments:

Post a Comment