Saturday 8 August 2015

Mimpiku - Bab 2/2



Ini mimpi kedua dan terakhir


Dalam mengenal Allah aku hanya dapat dua sahaja mimpi
Kalau ikutkan nak kenal Allah hanya perlu dua mimpi sahaja
Tak banyak, sikit sahaja
Kadangkala aku fikir nak kenal Allah itu mudah dan senang
Cuma nak faham Allah sahaja yang susah
Nak faham Allah itu, hanya Allah sahaja yang boleh bagi faham
Kalau tidak, benda yang senang pun boleh jadi susah nak faham



Dalam mimpi yang kedua ini kebanyakkannya lebih berkisar kepada ayat di bawah:

"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?" (QS. Az Zaariyat : 20)

Dalam mimpi yang kedua ini aku telah dibawa memerhatikan diriku pada jarak yang amat dekat
Sangat dekat sehinggakan bulu roma aku lihat seperti sebatang pokok
Malahan dalam pada satu masa yang sama aku melihat sendiri semua pergerakan, segala pergerakan di dalam tubuhku
Pergerakan itu aku lihat dari setiap sudut luar dalam atas bawah semua pergerakan itu aku lihat secara serentak dijalankan secara laju dan pantas sampai tak tertanggung aku melihatnya

Seolah-olah darah dan tulang adalah penglihatanku
Aku melihatnya dengan penuh kekaguman
Aku melihatnya dengan penuh kehairanan
Aku melihatnya tanpa adanya logik
Aku melihatnya tanpa adanya sains
Aku melihatnya tanpa adanya campurtangan manusia
Aku melihatnya dengan kuasa yang tidak dapat dijelaskan oleh akal

Mimpiku ini berlansung setiap masa
Dalam mimpi dalam sedar
Dalam bilik dalam selimut
Tak kira masa tak kira tempat
Sudah terlalu kerap sudah terlalu biasa
Semuanya tiada logik
Semuanya hanya kebesaran Allah
Tidak mampu ku hurai
Tidak mampu ku faham
Aku hanya pasrah
Aku hanya berserah
Sebuah mimpi tanpa logik akal

No comments:

Post a Comment