Wednesday 2 September 2015

Susahnya Menjaga Rahsia

Aku tidak dapat menafikan memang susah untuk menjaga rahsia. Sekuat manapun aku mencuba menjaga lidah ini agar tidak terlepas sesuatu yang pelik atau sesuatu yang tidak sepatutnya aku dedahkan. Lidah ini tetap akan memecahkan juga rahsiaNya. Kadangkala aku dah tak boleh nak kawal. Pemikiran yang berlainan akan menghasilkan ayat yang berlainan dan pemahaman yang berlainan. Otak yang sentiasa memikirkan Dia, hati yang sentiasa berkata-kata dengan Dia, tidak mungkin sama dengan hati yang mati. Akal yang sentiasa mencari Dia, hidup yang sentiasa ingin mengenal Dia, tidak mungkin sama dengan yang lain.

Sebab itu dalam cerita yang lepas, aku pernah mengatakan, mereka yang makrifat kepada Allah selalunya akan memencilkan diri dan mengelakkan diri dari hidup di dalam masyarakat. Aku sendiri pun kalau sudah sampai akan masa akan hilang dari dunia ini. Aku akan serah diriku kepadaNya. Dia terima atau tidak, itu bukan urusan aku, itu urusan Dia. Urusan aku serah diri padaNya.

Memang pernah aku dituduh tergelincir akidah, dan aku tidak pernah menyalahkan mereka. Apa yang aku cakap, orang lain tak akan faham. Apa yang aku jelaskan orang lain tak akan dapat menerimanya. Akhirnya akan menimbulkan perbalahan yang tak berkesudahan, dan aku tidak menyalahkan mereka. Itu semua salah aku, kerana berkata sesuatu yang tidak difahami. Aku tidak mahu melafazkan sesuatu yang akan mengakibatkan kontroversi di dalam masyarakat. Nanti aku akan dituduh sesat.

Tapi aku akui, untuk menerangkan sesuatu rahsia bukan mudah. Aku pernah berkias, aku pernah menyampaikan dalam rahsia, tetapi ianya tidak akan sama jika aku cakap sahaja tanpa tapis dan tanpa berkias. Aku sudah katakan sebelum ini, rahsia yang besar-besar aku tidak akan bukakan di sini. Mungkin juga rahsia yang besar ini akan aku bawa sampai ketemu dengan pemilik rahsia besar.

Mana tahu mungkin juga rahsia besar ini akan ku buka juga akhirnya. Hanya Dia akan aturkan. Banyak juga rahsia ini dalam bentuk rahsia besar yang rasanya kalau aku dibukakan, tidak banyak manusia yang akan memahaminya. Rahsia yang datang bukan dari akal. Siapalah yang akan faham. Akal mempunyai had, roh tiada had.

Aku rasa, aku akan ceritakan sedikit rahsia besar dalam bentuk pengubahan ayat, supaya ayat itu tidak menimbulkan kontroversi di dalam masyarakat. Ayat-ayat makrifat ini memang pelik, sepanjang pemerhatian aku di dalam forum-forum dan blog-blog seluruh alam rumpun melayu, memang ramai yang tidak faham kata-kata ayat dari ilmu makrifat ini. Mungkin hanya pemilik ayat dan mereka yang faham sahaja yang tahu rahsia ayat itu. Anak murid dari rumpun ilmu yang sama pun aku rasa masih tidak faham tentang ayat itu.

Aku akan kupas nanti bila masa diizinkanNya. Cukuplah setakat ini. Semoga ada antara anda yang akan memahami rahsia yang lebih besar dari membaca rahsia yang kecil-kecil dahulu.

3 comments:

  1. Benar kata tuan. Bahasa makrifat bahasa pelik dan ganjil pd umum. Bila di sebut ilmu makrifat ramai yg takut. Ramai yg mengatakan ilmu ini salah, ilmu ini terlalu tinggi dan sebagai nya. Sebenarnya ilmu marikat lah ilmu yg paling rendah paling mudah. Ilmu asas sebelum beragama. Cuma sayang ramai diluar sana tak mengerti dan memahami. Dan ramai juga yg mencaci. Sedih. Tapi takpa mereka tak faham dan tak mengerti.
    Mudah mudahan satu hari mereka akan faham......
    .....CARILAH AKU YG SELINDUNG DIBALIK TERANG!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana anda memahami tulisan saya, mudah-mudahan mereka semua akan faham juga nanti

      Delete
  2. Insyallah mudah mudahan. Jd tuan teruskan menyampaikan ilmu2 nya walaupun sebaris. Kongsi lah ilmu2 ini dgn sesiapa yg terbuka hatinya. Buat pembaca di luar sana....jgn lah cepat melatah dan menuduh. Jgn jatuhkan hukum pd manusia. Ini bukan kerja kita. Serahkan itu pd yg berhak.

    ReplyDelete