Wednesday 2 September 2015

Akhir Yang Sama



Kita ini
Macamana kuat pun mati
Macamana gagah pun mati
Macamana hebat pun mati
Macamana lemah pun mati
Macamana lembik pun mati
Macamana kaya pun mati
Macamana miskin pun mati

Kita ini
Macamana besar pangkat pun mati
Macamana kuli pun mati
Macamana alim pun mati
Macamana ulamak pun mati
Macamana semak pun mati
Macamana jahil pun mati

Kita ini,
Sejuta macamana pun akhirnya semua tetap sama
Iaitu mati
Kita hairan tentang macamana berbezanya kita
Kita tidak pernah hairan tentang macamana akhirnya kita yang sama itu
Manusia sentiasa hairan tentang yang berbeza
Tidak pernah hairan tentang sesuatu akhir yang sama
Bila akhir kita sama
Bukankah kita ini tidak pernah berbeza?

4 comments:

  1. Semua nya mati! Jd apa kata kita...mati sebelum mati?!
    Kalau nak belajar mati sebelum mati, kenalah cari guru yg dah mati. Faham?!! Hahahaha.....pelik tapi benar =)
    ....AKU SELINDUNG DIBALIK TERANG. ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kata saudara, carilah guru yang sudah mati. Tahniah kepada saudara.

      Delete
  2. Terima kasih. Tahniah yg tuan ucapkan telah saya kembalikan pd yg berhak. Saya tiada apa2. Pandai pun tidak bijak pun tidak. Saya cuma sekadar wayang kulit yg menyampaikan apa yg hendak disampaikan oleh Tok Dalang.

    ReplyDelete