Thursday 17 March 2016

Kenapa Tok Selehor Perlu Gali Kubur?

Alhamdullilah
Syukur pada DIA
Dapat aku menziarahi makam Tok Selehor
Tujuan aku ke sana untuk melihat sendiri keadaan liang lahat yang pernah di gali Tok Selehor

Aku terfikir
Kenapa Tok Selehor perlu gali kubur?
Mati tu tak kan lah susah sangat nak faham sampai kena gali kubur?
Kalau tak gali kubur tak boleh ke faham mati?

Yang lebih menghairankan lagi
Kenapa banyak orang tak nak buat macam Tok Selehor?
Kenapa banyak orang suka orang lain yang galikan kubur untuk dia?
Dan tanam dia dalam kubur tu

Tok Selehor mencari diri dan mencari tuhan sampai ke tahap itu
Kita tak sanggup nak lakukan
Atau malas nak lakukan
Atau terlalu melekat sangat dengan dunia ni
Jawablah sendiri

Apakah Tok Selehor seorang sahaja yang ingin mencari tuhan?
Kalau betul begitu, maka tak hairanlah ramai orang yang tak kenal tuhannya

Dengar cerita selama 40 malam Tok Selehor bermalam di liang lahat yang digalinya
Dia mungkin telah mendapat sesuatu yang kita semua tak akan dapat
Dia mungkin telah kenal dirinya dan tuhannya lebih dari kita semua tahu
Aku terus terang merasa sangat cemburu dengan apa yang Tok Selehor telah dapat di dalam kubur itu

Ada rezeki nanti aku juga ingin bermalam di kubur Suluk Tok Selehor
Tak dapat 40 malam
Dapat 4 jam pun jadilah
Mana tahu ada rezeki untuk aku disitu

Mati ini tidak boleh dibayangkan di minda
Ulat mayat tu bukan boleh guna imaginasi
Mati itu kena ada rasa
Mati itu kena betul-betul melekat dekat hati

Kita fikir, kenapa Tok Selehor perlu sampai buat macam tu
Aku rasa dia ingin sangat fahamkan mati tu
Apa ada dalam mati tu?
Mati itu apa?
Apa cerita pasal mati?
Apa jadi bila mati?
Apa pulak jadi bila selepas mati?
Siapa yang mati?
Gelap ke dalam tanah tu?
Kenapa gelap?
Ulat mayat tu betul ke makan daging?
Rasanya beribu soalan boleh datang bila berbaring dalam kubur tu
Beribu pula jawapan nak kena fikir
Boleh sakit otak
Silap-silap boleh jadi gila

Begitu sekali Tok Selehor cuba memahami mati
Aku pun tak tahu apa ilmu yang dia dapat dalam kubur itu
Mungkin dia sahaja yang tahu

Masa hidup inilah perlu fahamkan mati
Bila dah mati nanti tak perlulah lagi nak fahamkan mati
Aku suka nak ingatkan di sini
Fahamkan mati tu sebelum kita betul-betul mati
Jangan bila dah mati nanti nak minta hidup sebab dah faham mati
Tiada guna lagi

Sekarang ini selagi nadi bergerak
Fahamkan maksud terhentinya nadi
Supaya nanti bila dah mati
Tiada apa lagi yang perlu kita nak fahamkan
Tak perlu lagi nak merayu pada tuhan untuk minta dihidupkan

Kita boleh baring terus sampai DIA suruh kita bangun

Kalau Tok Selehor boleh buat
Kenapa kita tak boleh?
Tanya diri sendiri
Ada orang sanggup gali kubur untuk cari tuhan
Kita ni nak beli kain kapan untuk faham mati pun susah

Buatlah sesuatu dalam hidup ini untuk mencari tuhan
Sekali pun jadilah
Tak kiralah apa pun
Cara ada banyak
Pilihlah dan buatlah
Harap selepas ini ada yang sudi berkongsi apa yang telah dia temui di dalam kubur

No comments:

Post a Comment