Tuesday 17 May 2016

Satu Zarah Bergerak. Tiada Yang Perasan!

Apabila sesuatu zarah bergerak
Tiada manusia yang perasan
Bukan nak perasan zarah yang bergerak tu
Nak perasankan sesuatu disebalik zarah
Apa yang menggerakkan zarah tu
Pertamanya zarah tidak mungkin terjadi sendiri
Zarah juga tidak mungkin bergerak sendiri

Sebab itu Allah berfirman;

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

(surah al Imran ayat 190-191)

Sudah terang lagi jelas
Segala pergerakan ini Allah suruh kita fikir
Bukan suruh kita tengok dan tidur
Guna otak
Sudah tengok, guna otak fikir
Di dalam pertukaran malam dan siang sudah ada tanda-tanda kekuasaanNya

Zarah mungkin kecil tak perasan
Matahari, bumi dan bulan yang jauh lebih besar dari zarah bergerak
Pun kita masih tak perasankan Allah

Sebab tu bila ulat mayat bergerak dalam badan
Baru nak perasankan Allah
Kalau sampai ulat mayat bergerak dalam badan baru nak perasankan Allah
Sudah terlambat
Tiada guna
Masa sekarang sedang masih lagi boleh bergerak
Perasankan semua benda yang bergerak
Tanya semua benda yang bergerak

Kita ni pun bergerak
Tanya mengapa kita begerak
Siapa yang menggerakkan kita
Cari sampai jumpa
Bila dah jumpa
Takut tak boleh nak bergerak pulak
Bila dah faham apa yang bergerak

"Mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
Dan semasa mereka berbaring mengiring"
Kalau nak ikutkan sebelum nak tidur
Dan semasa dalam tidur
Boleh juga fikir tanda-tanda kebesaran Allah dalam semuanya

Memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
Ada juga yang malas nak fikir
'Shortcut' jawapannya 'big bang'
Orang yang cipta teori big bang pun dah jumpa tuhan

Memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ni
Panjang ceritanya
16 Billion tahun punya cerita
Lama tu

Dalam masa yang panjang tu
Perlahan-lahanlah cari
Jangan putus asa

Sebab itu ada orang kata dalam tidur pun boleh ingat Allah
Jangan cakap dah tidur mana boleh ingat Allah
Cuba dulu, baru tau
Siapa yang tak tau
Tidur je lah
Tak payah nak ingat apa-apa
Tidur dalam kubur nanti
Ingatlah semuanya

Ingat semua janji
Janji yang ditanya
Semasa di depan pencipta
Kenapa mungkir
Tak boleh jawab dah masa tu
Lidah dah hancur
Mulut dah hancur
Baru nak menyesal

Disuruh menyesal sekarang
Buat tak tahu
Tidak mengapa
Pintu taubat masih terbuka luas
Sebelum nyawa merasa sakit di tengkorok
Masa tu maaf pintu dah tutup

Sebab rahsia besar tuhan nak dibuka sebentar sahaja lagi
Sedetik sahaja lagi
Bila pintu rahsia sudah dibuka
Pintunya liang lahat
Disitu pintu rahsia Allah
Buka cepat sekarang
Sebelum dibukakan untuk kamu oleh penggali kubur
Di situ tiada yang rahsia
Segala rahsia telah nyata
Tidak perlu lagi berahsia
Tidak perlu nak korek rahsia
Penggali kubur dah korekkan lubang rahsia
Lubang kubur

"Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia"
Jadi jangan disia-siakan bila telah menjadi benda
Dan bila telah melihat benda-benda
Sebab tidak semua itu sia-sia
Sebab dalam semua itu ada rahsia

Harap anda dapatlah sesuatu dari cerita Allah dalam firmanNya
Kalau tak dapat pun tidak mengapa
Baca sahaja pun sudah cukup
Syukur Alhamdulillah

Jangan sia-siakan hidup
Sebelum berjumpa rahsia

No comments:

Post a Comment