Monday 9 May 2016

Makrifat! Ilmu Pakaian Dalam!

Di masa lapang, aku ada juga membuka youtube dan mencari tentang makrifat. Kelihatannya seperti semakin banyak video tentang makrifat dimuat naik. Ada juga video yang perlu aku ulas. Tapi kalau ada kesempatan aku akan mengulas.

Cuma aku terpanggil dengan satu video ini yang memberitahu makrifat ini ilmu pakaian dalam.

Aku begitu terkesan dengan kata-kata itu
Kata-kata itu menjelaskan sesuatu tentang ilmu makrifat ini
Patutlah ilmu ini dikatakan sesat
Ilmu ini juga dikatakan ilmu orang gila
Rupa-rupanya ilmu makrifat ini ilmu pakaian dalam

Ilmu makrifat ini ilmu untuk pakai di dalam
Pakai ilmu makrifat ini tempatnya di dalam
Macam pakaian dalam
Kita pakai di sebelah dalam
Kalau seluar dalam kita pakai di luar
Orang tak akan panggil kita superman
Orang akan panggil kita gila

Begitulah juga ilmu makrifat ini
Ibaratnya Allah bagi kita sepersalinan pakaian dalam
Untuk kita pakai sendiri untuk diri kita
Sebab saiz pakaian yang diberikan saiz untuk diri kita sahaja
Dan untuk dipakai dalam diri kita
Kenapa perlu kita cuba keluarkan untuk dipakaikan sebelah luar supaya orang lain nampak
Ibaratnya kita cuba pakaikan pakaian dalam kita di sebelah luar
Memanglah kita akan dituduh gila

Kita berniat nak beritahu pada orang tentang persalinan pakaian dalam kita yang Allah beri pada kita
Kita pakai disebelah luar
Allah tak bagi kita pakai sebelah luar
Allah kata untuk kita pakai sendiri di sebelah dalam
Seolah-olah Allah tak bagi kita ajar orang lain
Macam pakaian dalam itu tidak boleh diberi pada orang lain

Sememangnya begitulah makrifat
Ada rahsia memang untuk diri kita sahaja
Rahsia itu jangan ajar pada orang lain
Kita akan dituduh sesat
Kita akan dituduh gila

Baru aku faham
Aku tidak boleh ajar semua yang Allah bagi aku faham
Aku hanya boleh ajak orang untuk kenal Allah sahaja
Cara aku kenal Allah yang Allah beritahu
Aku tidak boleh cerita pada orang lain
Apa yang aku tahu tentang Allah juga tidak boleh aku ceritakan pada orang lain
Itu pakaian dalam aku
Untuk aku sendiri pakai di dalam

Bila aku cuba pakai pakaian itu disebelah luar
Habis aku tuduh gila
Bagus orang yang menyampaikan ilmu pakaian dalam ini

Aku akan terus menyampaikan
Ilmu tentang mengenal Allah
Secara umum
Dengan bahasa dan perkara yang boleh diterima umum
Rahsia dalam dan cerita dalam
Itu untuk aku seorang sahaja
Cuma kadang-kadang tu terlepas sepatah dua
Mungkin rezeki anda agaknya

Apa pun
Aku dapat pengertian baru tentang ilmu ini
Mana yang pakaian dalam tu pakailah di dalam
Mana yang rasa t-shirt, kemeja, seluar panjang dan tali leher
Boleh di pakai di luar
Pakailah sebelah luar biar orang nampak smart
Tak salah nampak smart

Yang salah
Bila orang nampak kita gila
Harap selepas ini orang tidak nampak aku memakai seluar dalam di sebelah luar
Aku bukan superman
Aku orang gila

No comments:

Post a Comment