Tuesday 31 May 2016

Muntahkan Dan Tanyakan

Perkara ini muncul dan datang kepada aku.
Aku rasa perkara ini salah satu ilmu dari Allah
Aku dapat ilmu ini dengan penuh rasa pelik dan hairan
Aku sangat hairan dengan ilmu ini
Aku lagi sangat hairan, tiada orang yang faham ilmu ini
Kenapa tiada orang yang faham ilmu yang semudah ini

Ambil satu mangkuk
Mangkuk yang paling besar di dunia
Letakkan di depan anda
Pegang tepi mangkuk
Kuat-kuat
Siap sedia
Satu dua mula
Muntahkan semua yang anda pernah makan
Muntahkan semuanya
Keluarkan semuanya
Setiap apa yang anda pernah makan
Setiap apa yang anda pernah minum
Setiap apa yang anda pernah telan
Setiap apa yang anda pernah masukkan ke dalam mulut anda
Kalau perlu setiap apa yang pernah masuk ke tubuh anda
Kalau perlu muntahkan oksigen percuma yang disedut
Muntahkan juga
Mangkuk itu terbesar didunia
Ia akan mampu menanggung semua yang anda muntahkan

Sambil-sambil muntah tu
Kecilkan semula diri anda
Sebabnya setiap yang anda telah makan membesarkan anda
Logiknya bila anda muntahkan semua itu
Tubuh anda juga akan semakin mengecil dan mengecut
Sebab tubuh anda membesar kerana makanan itu
Maka adatnya bila segalanya telah anda muntahkan
Tubuh anda akan semakin mengecil

Muntahkan sehingga tubuh anda jadi setahun
Anda sekarang sudah berusia setahun
Muntahkan pula susu
Segala jenis susu yang pernah anda minum
Susu lembu
Susu ibu
Apa saja susu
Muntahkan sehingga anda menjadi sembilan bulan di dalam perut ibu

Muntahkan lagi apa yang anda terima ketika di dalam perut ibu
Apa saja
Segala yang anda sedut melalui tali pusat itu muntahkan
Kecilkan lagi diri anda
Muntahkan lagi
Lagi
Lagi
Lagi
Sikit saja lagi
Ok cukup
Tak perlu muntah lagi

Sekarang anda adalah embrio
Sebesar 2mm
Seberat kurang dari 1 gram

Ketika ini
Anda tiada tulang
Anda tiada jantung
Anda tiada kepala
Dimanakah semuanya yang ada pada fizikal lengkap anda pada ketika ini
TIADA
Lagi sekali rahsia TIADA muncul di depan anda
Masih lagi tidak faham rahsia TIADA

Sekarang dalam bentuk 2mm itu
Anda berdiri didepan bekas makanan terbesar di dunia
Wahai semua makananku
Dengar sini aku nak tanya
Di antara kamu semua
Siapakah antara kamu yang telah menjadi jantungku?
Sila mengaku
Begitu banyaknya kamu, makanan yang pernah aku makan
Sekarang aku mahu tahu
Aku mahu pengakuan dari kamu
Baik kamu mengaku
Siapakah di antara kamu telah membentukjantungku?
Siapakah di antara kamu yang telah membentuk otakku?
Siapakah di antara kamu yang telah membentuk tulangku?
Makanan pun melihat sesama sendiri
Tidak tahu makanan yang mana ingin mengaku dialah pembentuk jantung
Tidak tahu makanan yang mana ingin mengaku dialah pembentuk otak
Tidak tahu makanan yang mana ingin mengaku dialah pembentuk tulang

Aku lihat kamu semuanya lembik dan tidak bermaya
Tetapi di dalam tubuh lengkapku ada banyak tulang-tulang yang keras
Adalah sesuatu yang sangat menghairankan melihatkan keadaan kamu semua
Makanan yang lembik boleh membentuk tulangku yang keras dan kuat
Seolah-olah tidak masuk akal pula melihat kamu semunya lembik
Tetapi boleh membentuk tulangku yang keras
Hari ini sila mengaku
Siapa di antara kamu yang membentuk tulangku?
Mengaku sekarang

Kesemua makanan anda tidak dapat mengaku
Kerana di antara mereka sendiri tidak dapat mengaku dengan tepat
Siapakah yang membetuk tubuh anda?
Malah mereka sendiripun mungkin hairan
Melihatkan keadaan diri mereka yang lembik
Boleh membentuk manusia yang gagah perkasa seperti kamu
Di dalam keadaan yang lengkap dewasa
Makanan hairan melihat kamu
Sayangnya kamu sendiri tidak pernah hairan melihat kamu
Bagaimana makanan yang kamu makan hairan melihat kamu secara berdepan
Kamu yang memakan makanan tidak hairan melihat kamu setiap hari secara berdepan

Apakah akal logikmu boleh menerima keadaan yang sangat tidak munasabah ini
Aku juga ingin meminta penjelasan dari sudut sains untuk menjelaskan
Makanan yang manakah membentuk jantung
Tolong jangan jawab semulajadi
Macam big bang semulajadi
Mudah betul
Tak tahu punca
Semulajadi

Semuanya semulajadi
Bila kamu mencipta
Kamu tidak pula kata ianya semulajadi
Macamana kamu mencipta kereta
Semulajadi
Macamana kamu mencipta jam
Semulajadi
Kamu tidak boleh terima kereta tercipta secara semulajadi
Tetapi bahan untuk kamu mencipta kereta
Kamu boleh terima ianya secara semulajadi
Akal manusia sudah rosak

Kenapa aku yang bersaiz 2mm
Sekarang boleh menjadi 1600 mm
800 kali ganda tu
Hebat betul
Tapi tak perasan
Mungkin kerana prosesnya perlahan
Maka tidak perasan

Tidak mengapa
dari saiz 1600 mm menjadi cecair
Hanya akan mengambil masa sebulan sahaja dicairkan ulat mayat
Yang ini pun tak perlu perasan
Sebab bila di dalam tanah tiada orang yang akan perasankan kita
Cuma kita yang akan perasankan diri sendiri
Tapi tidak banyak orang yang bertanya berapa lama dia akan menjadi cecair ketika masuk ke dalam tanah

Semua orang suka pada kehidupan
Aku mahu hidup lama
Hidup best
Mati tak best
Jadi aku tak mahu mati
Tidak mengapa
Tunggulah nanti
Akan sampai satu masa
Kamu akan menjadi sangat best kepada ulat mayat

No comments:

Post a Comment