Monday 9 May 2016

Manusia Semakin Tidak Takut Kepada Tuhan

Takut ini akan datang setelah kenal
Untuk kita takutkan sesuatu mesti kena kenal
Kalau tak kenal tak mungkin datang rasa takut
Bila tak kenal memanglah tak akan datang rasanya takut

Bila tidak takut kepada tuhan
Dia tidak akan takut kepada sesiapa pun
Maka jadilah manusia seperti raja
Malah lebih dari itu manusia boleh saja menjadikan dirinya tuhan

Begitulah keadaannya bila manusia semakin tidak takut kepada Tuhan
Atau yang sebenarnya begitulah keadaanya bila manusia tidak kenal kepada yang Maha Menakutkan
Masalahnya macamana nak kenal tuhan untuk datangnya rasa takut
Itulah masalah yang paling besar

Ada baiknya juga ingat neraka
Boleh juga ingat mati
Atau ingat saja ulat mayat yang memakan daging busuk
Kalau-kalau dengan ingat ini boleh mendatangkan rasa takut kepada Tuhanmu

Tapi manusia memang keras hatinya
Keras hati dengan mati
Keras hati dengan Tuhannya

Lembutkanlah hatimu dengan ulat mayat yang akan memakan hatimu hingga lembut dan hancur
Kalau-kalau hatimu boleh dijinakkan untuk lembut dan kenal Tuhanmu
Bila hati semakin keras
Manusia sering melakukan pekara-perkara pelik dan kejam

Lihatlah manusia yang ada sekarang
Apakah matamu buta untuk memahami kemampuan kezaliman manusia yang tidak kenal akan Tuhannya
Atau sememangnya dengan mata hatimu sekali telah buta untuk melihat manusia yang semakin zalim

Aku cuma mahu manusia takutkan Tuhannya
Sebab rasa takut boleh menjinakkan hati
Lagi baik kalau rasa takutkan Tuhan boleh membuatkan anda mengenali Tuhanmu

Wahai manusia
Takutlah kamu akan Tuhanmu
Biarlah rasa takut kepada Tuhanmu menjalar hingga ke segenap urat saraf dan darahmu
Semuanya itu akan dituntut oleh yang empunya
Aku khuatir nanti
Kamu tidak dapat menjawab apabila semuanya telah dituntut nanti

Aku hanya memberi nasihat dan berpesan-pesan dengan kebenaran
Jangankan kamu
Nasib aku sendiri tidaklah aku ketahui bagaimana kesudahannya nanti

Biarlah ada sedikit rasa takut kepada Tuhan di dalam hatimu
Semoga rasa takut itu akan dapat memandu kamu di atas dunia ini supaya tidak berlaku zalim
Allah amat membenci orang-orang yang zalim

Semaikanlah benih ketakutan kamu kepada Tuhanmu
Biarlah benih takut itu semakin membesar dan memakan dirimu sendiri
Sebelum Tuhan menghukum kamu atas kezalimanmu sendiri

No comments:

Post a Comment