Wednesday 4 January 2017

Beribadat Sehingga Apa?

Aku tertanya-tanya
Kita ini beribadat sehingga dapat apa?
Sehingga tahap apa dikatakan kita beribadat

Adakah sehingga dahi menjadi hitam?
Atau sehingga janggut menjadi panjang?
Atau sehingga rambut menjadi serban besar?
Atau sehingga baju menjadi jubah?
Atau sehingga orang memanggil kita alim ulamak?
Abid? Waliyullah? Zuhud?
Muka bersinar?

Apakah nilai ibadat kita
Pada dahi hitamkah?
Pada jubah atau janggutkah?
Pada pengiktirafan makhluk yang mengatakan kita ALIM

Rasanya mungkin masih ramai tidak faham
Apa tujuan mereka beribadat
Untuk dapat apa?
Untuk siapa iktiraf?
Untuk dapat pengiktirafankah?

Ramai yang beribadat tetapi masih buta tujuan ibadat
Bagi aku untuk mengenal yang satu
Bukan untuk sampai janggut jadi panjang
Bukan juga untuk sampai serban menjadi besar
Atau sampai orang memanggil kita orang yang ALIM

Segala apa sahaja dari dunia
Atau pengiktirafan dari makhluk
Itu bukan tujuan ibadat

Aku hanya ingin mengenal tuhan
Mungkin ramai orang Islam tahu
Tentang cerita ihsan
Cuma ramai yang masih tidak faham
Apa dia ihsan
Malah masih ramai belum mencapai tahap ihsan

Ihsan itu sampai Kamu melihat Allah
Tahap ini bukan makam tinggi
Sebab semua yang di dalam kubur telahpun mencapai makam ini
Mereka semua sudah ke bawah tidak pun ke tempat tinggi
Tak perlu panggil ihsan itu makam tinggi

Aku membaca bermacam-macam ulasan tentang melihat Allah
Aku tidak mahu komen tentang macam-macam ulasan itu
Aku hanya ingin kamu sampai tahap ihsan
Sampailah kamu mampu melihat Allah
Cukuplah sampai situ

Bila sudah sampai situ
Fahamlah kamu apa itu ihsan
Fahamlah kamu apa itu takut pada Allah
Baharulah kamu tahu
Apa yang pandang dibarat ada Allah
Di timur ada Allah
Celik Allah
Buta pun Allah

Tapi Rasullullah s.a.w. yang tercinta tahu
Perkara ini tidak mudah
Perkara ini bukan semua umatnya mampu capai
Sebab itu ada lapiknya
Lapiknya.. beribadatlah seolah Allah melihat kamu
Habislah kesusahan
Tidak perlu fikir begitu susah
Tidak perlu bergaduh
Tidak perlu berhujah
Tidak perlu sakit kepala

Ambillah sahaja Allah melihat kamu
Kan mudah
Benda susah ramai orang sukar nak buat
Contoh: mendaki Gunung Everest
Berapa ramai dari jumlah penduduk dunia sampai di sana
Kenapa?
Benda susah
Jauh
Sejuk
Bahaya
Boleh mati jumpa tuhan

Tak ramai yang sanggup
Tapi ada atau tidak orang yang sanggup buat
Jawapannya ADA

Kalau mahu jadi yang ADA
Buatlah sampai termampu
Tapi nak cari tuhan
Tak perlu Jauh, sejuk, bahaya

Seperti aku pernah katakan dulu
Ambil sahaja seekor ulat mayat letak pada daging mati
Tunggu ulat mayat menjadi sejuta
Anda fahamlah ihsan itu apa?

Perlahan-lahanlah mencari ihsan
Aku tidak memaksa
Kalau dah cuba tetapi masih belum faham ihsan

Ambil sahaja lapiknya
Allah melihat kamu
Cukuplah setakat itu
Kamu mungkin sudah penat
Kamu mungkin sudah letih

Rehatlah dengan lapik
Allah melihat kamu

No comments:

Post a Comment