Saturday 7 January 2017

Aku dan Si Ulat Mayat

Cerita ini cerita aku dengan si ulat mayat ini
Cerita kami berdua
Kami berkawan baik
Sejak ulat mayat datang berkawan dengan aku
Ulat mayat tidak pernah meninggalkan aku
Mula-mula ulat mayat datang memang mengejutkan

Terkejut sangat
Sebab orang hidup pun si ulat mayat ni makan

Apa yang aku ingat bila aku nak tidur si ulat mayat ini akan datang
Dia beritahu aku
Sewaktu tidur adalah lebih kurang sama sahaja keadaannya di dalam liang lahat
Terbaring kaku
Cuma kenapa sewaktu tidur manusia tidak pernah berfikir keadaan itulah dia sama seperti mayat
Terbaring kaku
Semasa aku baring inilah ulat mayat memakan seluruh isi tubuhku
Segala jenis darah, daging, tulang, rambut, najis semuanya disebat oleh si ulat mayat
Baunya tak usah cakaplah
Rasanya tidak ramai yang sanggup menghidunya

Ulat mayat ni pertama kali datang semasa aku sedang mahu tidur
3 hari 3 malam aku tidak boleh tidur kerana gangguan si ulat mayat ini
Selepas itu ulat mayat terus melekat di tubuhku
Tak kira siang mahupun malam
Ulat mayat sentiasa melekat dan tidak mahu meninggalkan aku sehingga hari ini
Sudah hampir empat tahun ulat mayat terus sahaja mendiami tubuhku ini
Aku pun sudah lali
Paling kuat ulat mayat datang masa hendak tidur
Sebab masa itu keadaannya hampir sama dengan mayat terbujur kaku


Bila aku makan
Ulat mayat ikut sama makan
Bila aku telan nasi memang aku rasa seperti memakan ulat mayat
Semasa ulat mayat lalu dikerongkongku adalah saat yang paling memeritkan
Sakitnya rasa tekak

Bila ingin bersembahyang
Sukarnya mengangkat takbiratulikhram
Sebab tenaga tiada
Tangan pun tiada
Ulat mayat sedang makan
Macamana aku hendak mengangkat takbir

Bila sedut nafas ulat mayat menderu-deru masuk ke dalam kerongkongku
Bila hembus nafas habis terkeluar semua ulat mayat
Kesian tengok ulat mayat berjatuhan tidak dapat lagi nak makan aku
Tapi jangan risau
Ulat mayat tidak pernah berkurangan di tubuhku ini
Sentiasa ada
Agaknya sebab itulah Tok Kenali sanggup ambil ulat mayat ni masukkan balik ke dalam luka di kakinya
Sebab kesian ulat mayat tu tiada tempat nak hidup dan mencari makanan

Sehingga hari ini bila menelan air liur
Masih aku merasakan deruan ulat mayat di kerongkongku
Bila menggeselkan dua jari aku
Masih lagi dapat kurasakan kehadiran ulat mayat dijariku

Pada bila-bila masa
Dapat kurasakan kehadiran ulat mayat di segenap tubuhku
Kadangkala aku tertanya
Aku ini masih hidup
Atau sudah mati
Nak dikatakan mati
Masih lagi bernafas
Nak dikatakan hidup
Badan penuh ulat mayat

Begitulah kehidupan aku
Tidak tahu adakah anda boleh memahaminya
Ini adalah sebuah cerita
Aku dan si ulat mayat

Esok cerita ini akan menjadi cerita anda juga
Bila anda dimasukkan ke dalam kubur
Bukankah cerita aku ini akan sama dengan cerita anda
Anda dan si ulat mayat

Selamat memahami cerita ini bila sudah di dalam kubur

No comments:

Post a Comment