Saturday 7 January 2017

Penyalahgunaan Jasad

Kebanyakkan dari kita
Sibuk tentang penyalahgunaan dadah
Jangan hisap dadah
Bahaya
Malah penyalahgunaan jasad jauh lebih merbahaya dari penyalahgunaan dadah

Tidak banyak dari kita cuba memahami
Penyalahgunaan JASAD
Sedangkan penyalahgunaan jasad itu jauh teramat penting
Dari penyalahgunaan dadah

Dengan penyalahgunaan jasad
Maka manusia mula membuat kesalahan yang pertama
Mencipta tuhan
Itulah kesalahan pertama penyalahgunaan jasad

Dari situ bermulalah segala jenis macam penyalahgunaan jasad
Antaranya
Tangan digunakan untuk mencuri
Tangan juga digunakan untuk membunuh
Kaki digunakan untuk menendang, menyepak, memijak makhluk
Mulut digunakan untuk memfitnah, mengadu domba, menyakiti hati
Mata digunakan untuk melihat kemungkaran
Akal digunakan untuk menghancurkan manusia dan alam
Segala apa jenis jasad yang ada digunakan untuk segala macam jenis kemungkaran kejahatan kemusnahan

Yang menghairankan tidak ada sesiapa dari kalangan makhluk menganggap ini satu jenis penyalahgunaan
Sama ada dari segi etika kemanusiaan atau etika sebagai khalifah
Lebih menghairankan semuanya membiarkan segalanya berlaku
Tanpa memperkatakan apa-apa tentang penyalahgunaan jasad

Jagalah jasad tu elok-elok
Gunakanlah ia ke arah kebaikkan sejagat
Pada sesama makhluk, pada haiwan dan pada alam
Sebab apa?
Sebab segala-galanya akan ditanya nanti oleh TUAN EMPUNYA JASAD
Takut tidak dapat kita hendak menjawabnya

AKU bagi tangan
Apa yang telah tangan itu lakukan di atas muka bumi-KU ini
Wahai tangan, sila ceritakan perlakuanmu di atas muka bumi-KU
Minta maaf tuan-tuan
Jangankan tuan-tuan, saya sendiri pun pasti tidak lepas bila ditanya sebegitu oleh TUAN EMPUNYA JASAD
Itu baru tangan
Belum dari hujung rambut ke hujung kaki

Sebab itulah penyalahgunaan jasad haruslah dipandang serius
Oleh setiap yang mempunyai jasad
Satu lagi takut terlupa
Jasab ni dia macam makanan
Ada tarikh luput @ lupus
Bila sampai tarikh itu
Minta maaf
Jasad kena luput dan dilupuskan

Selepas dilupuskan di dalam tanah oleh si ULAT MAYAT
Jasad itu hilang
Hilang tu maksudnya TIADA
Kembali kepada yang Ada dan Mengadakan

Selamat tinggal jasad
Selamat hilang jasad
Selamat tiada jasad
Penyalahgunaan jasad oleh si ULAT MAYAT pun bermula

No comments:

Post a Comment