Sunday 18 October 2015

Siapakah Ahli Makrifat?

Ahli makrifat bukanlah terdiri dari mereka yang telah menulis 1000 buku makrifat
Tidak juga dari mereka yang telah membuat 1000 video makrifat
Tidak juga dari mereka yang telah berguru dengan 1000 guru makrifat
Bukan juga dari kalangan mereka yang telah membaca 1000 buku makrifat
Juga sudah tentu bukan dari kalangan mereka yang telah mendengar 1000 video makrifat

Mereka di atas hanya boleh digelar sebagai
Penulis buku makrifat
Pembuat video makrifat
Anak murid kepada guru yang mengajar makrifat
Pembaca buku makrifat
Pendengar video makrifat

Makrifat ini bukan ilmu yang boleh dituntut
Makrifat ini bukan ilmu yang boleh dipelajari
Makrifat ini ilmu rasa
Rasa yang diberi oleh Dia pemberi rasa
Sesiapa sahaja boleh rasa ilmu ini
Kalau Dia nak beri rasa
Tak perlu berguru
Tak perlu tengok video
Tak perlu membaca buku

Tetapi belajar kenal itu adalah lebih baik dari tidak belajar apa-apa
Belajar menuntut ilmu untuk kenal Dia itu adalah jauh lebih baik dari tidak membuat apa-apa

Tetapi belajar itu bukanlah jaminan untuk anda menjadi ahli makrifat
Aku terpanggil untuk bercakap tentang tajuk ini adalah kerana
Aku melihat diluar sana sudah semakin ramai yang menganggap diri merka ahli makrifat
Hanya kerana mereka telah membaca buku makrifat
Maka mereka sudah boleh dikira sebagai ahli makrifat atau mungkin pakar makrifat
Kerana mereka telah berguru dengan guru makrifat
Maka mereka sudah boleh digelar ahli makrifat

Berhati-hatilah
Banyak juga guru makrifat yang palsu di luar sana
Pepatah Melayu mengatakan
Hanya Jauhari yang mengenal manikam

Maksudnya perlu menjadi jauhari dahulu
Barulah kita mampu mengenal manikam
Kalau belum lagi menjadi jauhari
Bagaimana kita hendak mengenal manikam

Seperti kita beli hendak membeli mutiara
Kalau kita bukanlah pakar mengenal mutiara
Bagaimana mungkin kita boleh membezakan mutiara yang asli dengan yang tiruan

Begitulah ilmu makrifat
Orang yang tahu sahaja yang dapat membezakan
Guru makrifat itu asli atau tiruan
Orang itu ahli makrifat yang asli
Atau ahli makrifat yang palsu

Aku tidak berniat untuk merendahkan sesiapa dalam isu ini
Aku bercakap untuk memberitahu
Aku bercakap untuk menyedarkan
Terpulanglah pada tuan-tuan untuk menerima pakai atau membuangnya

Aku hendak kalian semua sedar
Makrifat bukan ilmu berguru
Makrifat bukan ilmu membaca buku, menonton video atau apa-apa sahaja yang bersangkutan dengannya
Makrifat ini ilmu rasa datang dari Allah
Makrifat juga bukan ilmu nak masuk syurga, bukan ilmu nak banyak pahala

Kenapa nak sangat anda di gelar ahli makrifat setelah anda membaca buku makrifat?
Kenapa nak sangat anda menjadi ahli makrfat setelah berguru dengan guru makrifat?
Hebat sangatkan bila sudah menjadi ahli makrifat?
Masuk syurga ke setelah menjadi ahli makrifat?
Tiada ada-apa sebenarnya
Cuma nak kenal Allah
Itu sahaja

Makrifat ini ilmu nak kenal Allah
Tiada kena mengena dengan syurga atau pahala
Tiada hebat apa pun ilmu makrifat ini
Ilmu mayat, apa yang hebat pun
Benda busuk di dalam tanah
Ada apa-apa yang hebat ke?

Tolong buang rasa kehebatan jika belajar ilmu makrifat
Tolong buang rasa ketinggian jika jadi ahli makrifat
Ilmu makrifat bukan ilmu jualan
Ilmu makrifat bukan ilmu heboh sana sini
Ilmu makrifat bukan ilmu membaca buku
Ilmu makrifat bukan ilmu menonton video
Ilmu makrifat bukan ilmu berguru sana-sini

Walaupun dengan belajar ilmu makrifat tidak akan menjadikan anda ahli makrifat
Seperti yang selalu saya katakan
Belajar itu lebih baik dari berdiam diri
Rasa nak kenal Allah itu lebih baik dari tidak berbuat apa-apa

Sebab kita tak tahu bila Dia nak bagi kita rasa ilmu ni
Bila Dia dah nak bagi rasa senang untuk faham semua
Makrifat ini kefahaman yang Allah nak bagi pada seseorang
Jangan bersedih, jangan berduka jika anda bukan ahli makrifat dengan semua cara yang telah disebutkan di atas tadi
Sebenarnya dengan cara di atas tadi anda sudah mendapat sedikit bayangan tentang ilmu makrifat
Bagi saya itu sudah sangat bagus dari tidak tahu apa-apa tentang Allah

Diharapkan anda sudah mendapat sedikit pengetahuan tentang ahli makrifat
Ingat! Makrifat ini ilmu rasa yang datangnya dari Dia
Cuma belajar harus terus belajar
Makrifat ini bukanlah ilmu hebat atau ilmu tinggi
Makrifat ini cuma ilmu nak kenal Allah
Makrifat ini juga ilmu mayat
Ilmu hancur
Ilmu hilang
Ilmu tiada
Ilmu busuk
Ilmu ulat mayat

Maaf andai post saya kali ini tidak disenangi oleh ahli makrifat atau guru makrifat di luar sana
Orang yang faham dan tahu
Dia akan tahu apa yang cuba saya katakan dan sampaikan disini
Maaf sekali lagi

2 comments:

  1. Makrifat adalah ilmu padi.. semakin tinggi hasilnya (buah) akan menunduk kebawah.. semakin dalam kemakrifatannya akan semakin tunduk .. itulah makrifat, karunia Allah Dan Allah
    Lah yg menghendakinya kepada siapa saja Dia hujamkan .. baik yg berguru ataupun tanpanya.. hanya hati yg bersihlah yg mampu mendapatkanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulasan yang baik, ilmu padi - makan berbuah main tunduk.. tidak sepatutnya semakin meninggi..ilmu ini ilmu tunduk...ilmu bawah..bawah tanah...

      Delete