Wednesday 7 October 2015

Di Depan Tuhan


Aku adalah pembohong
Aku adalah pendusta
Aku adalah pembunuh
Aku adalah perogol
Aku pemakan harta anak yatim
Aku pemakan rasuah
Aku gila kuasa
Aku gila pangkat

Di depan tuhan semuanya terdedah
Tiada seorang pun yang terlepas
Terlepas dari dituduh oleh tuhan
Tuduhan yang kita semua sudah tahu dari dunia lagi
Tapi kita abaikan
Kita lupakan

Seolah-olah kita ini orang yang alim
Seolah-olah kita ini ahli syurga
Seolah-olah kita ini ulamak yang mahsyur
Seolah-olah kita ini ustaz yang tersohor

Rupa-rupanya di depan tuhan
Seorang ustaz cumalah seorang pendusta
Di depan tuhan
Seorang ulamak termasyhur hanyalah seorang perogol
Seorang pengarang kitab terkenal rupanya seorang pemakan harta anak yatim
Seorang yang kita sangkakan ahli syurga semasa di dunia rupanya seorang pemakan rasuah

Di atas dunia ini berpura-puralah kamu semahumu
Gugurkanlah air mata palsumu di depan tuhan
Ucapkanlah kata-kata dustamu di depan jutaan manusia

Apakah yang kau cuba dustakan?
Adakah kamu cuba mendustakan tuhanmu?
Atau kamu cuba mengaburi tuhanmu dengan air mata palsumu
Apakah kamu fikir kamu sedang menipu tuhanmu?
Tuhan yang kamu kenal dia sebagai tuhan yang serba tahu
Pelik sungguh sikap manusia
Mengaku tuhan itu maha tahu tetapi masih juga cuba untuk menipu tuhan
Apa sebenarnya yang kamu cuba tipu
Tuhan yang maha mengetahui?

Cukuplah tu
Cukuplah dengan penipuan kamu selama ini
Marilah jadi manusia yang jujur
Bukan jujur sesama manusia
Tapi jujurlah kamu kepada tuhanmu
Jujurlah kamu kepada suatu hari yang segala ketidakjujuran dibongkarkan
Sebelum tiba hari itu, jujurlah mulai sekarang
Jujurlah demi tuhan
Tuhan yang maha jujur yang akan menilai kamu sejujurnya

No comments:

Post a Comment