Monday 5 October 2015

Menggunakan Barang pinjam (Diedit semula pada 8 Oktober 2015)

Dalam menggunakan barang pinjam
Ia akan akan tetap menjadi pemilik empunya barang
Walau macamana pun
Ia tidak akan menjadi hak milik kita
Walau sejuta tahun pun kita guna ia tidak akan jadi milik kita
Ia tetap milik empunya barang

Biasanya barang pinjam ini ia bersyarat
Syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik barang
Wajib kenal siapa pemilik sebenar barang
Jangan pula jadikan barang sendiri
Atau mengaku barang itu hak milik tuan yang lain
Mesti kenal pemilik barang tu betul-betul
Sebab lepas guna
Nak kena pulangkan balik barang itu
Kepada tuannya

Guna elok-elok
Jaga baik-baik
Tapi kita ni, guna barang pinjam buat macam harta sendiri
Guna sesuka hati
Jangan haraplah nak sedar diri siapa pemilik asal barang
Kita memang tidak tahu menggunakan barang pinjam

Barang yang kita pinjam pula
Sering bertukar tangan
Bertukar hak milik
Dari seorang
Kepada seorang yang lain
Dari asal dua orang yang meminjam
Sering mengingatkan pinjam dari tuan yang satu
Bila barang pinjam diberikan kepada lebih ramai orang
Dan bermacam orang
Dan bermacam akal
Tuan asal yang memberi pinjam sudah tidak dikenal

Secara tiba-tiba beribu-ribu tuan baru yang muncul
Ada yang kata tuan kita tuan ini
Ada yang kata tuan kita tuan itu
Inilah bila tidak kenal tuan
Inilah yang berlaku bila harta pinjaman dibuat harta sendiri
Dari mana datangnya barang yang kita pinjam kita tidak pernah tanya
Sebab barang sudah sedia ada
Kita ingat kita yang punya
Kita rasa kita yang punya
Kita tak tahu rupanya ada yang empunya

Kenapa kita tak tahu ada yang empunya?
Sebab kita tidak pernah cari siapa yang empunya barang
Barang sudah ditangan
Barang sudah sedia ada
Guna sajalah
Banyak lagi orang lain yang guna barang yang sama
Kita pun apalagi, guna tanpa soal

Biadap kita ni
Guna barang pinjam sesuka hati
Guna pula sampai mati
Bila dah mati
Tuan punya barang tuntut kembali barangnya
Apa yang kita nak pulangkan
Semuanya sudah hancur di dalam tanah

Tuan punya barang tanya
Masa pinjam barangnya hari tu
Digunakan untuk apa
Terketar-ketar menjawab
Digunakan untuk tipu orang
Digunakan untuk bunuh orang
Digunakan untuk kepentingan sendiri
Digunakan tanpa tahu tuan empunya asal barang
Digunakan untuk menjahanamkan orang lain
Digunakan untuk menghancurkan satu dunia

Tuan empunya barang beritahu dan ingatkan kita semula
Semasa asal kita nak pinjam hari tu
Kita janji nak gunakan barang yang dipinjamkan itu
Sebaik-baiknya
Digunakan untuk hal yang baik-baik sahaja
Kenapa sampai jadi macam ini

Masa tu baru nak menyesal
Masa tu baru nak terkejut
Rupanya barang yang dirasa milik sendiri tu
Ada tuannya
Apa kita nak jawab
Mungkir janji sendiri

Masa tu tak boleh nak cakap apa dah
Sebab sendiri mungkir janji
Masa berjanji dahulu syaratnya
Kalau kita salah guna, rela dihukum
Kalau kita silap guna, hukumlah apa sahaja kita terima

Bila nak dihukum
Minta pula peluang kedua
Nak hidup balik
Kalau dapat hidup balik
Janji akan buat elok-elok
Akan buat cantik-cantik
Akan gunakan barang yang dipinjam itu untuk tujuan kebaikkan sahaja
Sedangkan kalau diberi sejuta peluang pun
Keputusannya tetap sama
Bila guna barang pinjam
Manusia memang selalu lupa diri
Itulah manusia

Tapi nasib kita baik
Tuan punya barang itu baik hati
Lemah lembut
Pemaaf
Penyayang
Mintalah ampun
Minta ampun semasa hidup
Bila dah mati jangan nak sesal
Kata pepatah Melayu
Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna

Dah tahu salah guna barang pinjam
Minta maaflah dari tuan empunya barang
Dah buat silap
Minta ampunlah dari tuan empunya barang
Janganlah risau
Tuan empunya barang tu baik hati dan pemaaf, pegampun lagi penyayang

Aku bercerita untuk sedarkan barang apa yang kita pinjam
Aku nak beritahu guna barang pinjam elok-elok
Ingat janji dulu
Jangan lupakan janji asal
Yang paling penting
Kenal dengan tuan empunya barang

Bila guna barang pinjam tu
Fahamlah adat bila pinjam barang
Jangan dibuat harta sendiri
Barang pinjam kena pulangkan semula
Pulangkan balik mesti sama macam baru-baru pinjam dahulu
Mesti sama dengan janji asal
Ingatlah barang pinjam tetaplah pinjaman selamanya

No comments:

Post a Comment