Sunday 18 September 2016

Melihat Yang Satu Di Sebalik Sesuatu

Aku cuma bercerita
Faham atau tidak
Boleh buat atau tidak
Itu bukan urusan aku

Itu urusan Dia

Aku hanya menyampaikan
Apa yang aku tahu
Apa yang aku mahu
Dari ilmu Dia

Bila kita memandang sesuatu
Apa yang kita nampak
Benda yang dipandang
Atau sesuatu di sebalik benda yang dilihat

Ramai orang melihat benda yang dipandang
Tidak ramai yang mampu melihat melebihi benda yang di pandang
Tidak ramai yang tahu apa rahsia disebalik yang dipandang
Apa rahsia disebalik yang dilihat

Aku cuma bercerita
Untuk faham yang Satu
Untuk tahu yang Satu
Apa dia yang Satu
Satu Tuhan
Tuhan yang Satu

"Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka kemana pun kamu menghadap maka di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha luas (rahmatNya) lagi Maha mengetahui”. (QS.al-Baqarah: 115)

Rasanya ayat di atas ramai yang tahu
Ramai yang sudah baca
Ramai yang sudah maklum
Cuma ramaikah yang faham?

"Ke manapun kamu mengadap maka disitulah wajah Allah"
Cuma masih tak nampak
Mengadap ke mana pun
Masih nampak benda
Terhalang untuk nampak wajah Allah
Tidak boleh nampak wajah Allah
Sebab melihat masih guna mata yang wujud
Mata belum hancur
Jadi tak nampak wajah Allah
Sebab melihat dengan mata wujud

Ke mana melihat pun ada wajah Allah
Ke mana berfikir pun ada wajah Allah
Ke mana ingat pun hanya ingat Allah

Memandang dengan mata yang menipu
Hasilnya hanya dapat melihat penipuan
Hidup dalam penipuan
Tetapi ingat! Mati tidak pernah menipu kita
Tanah tidak pernah menipu kita
Ulat mayat lagilah tidak pernah menipu
Sebab mulut dia hanya tahu makan isi busuk kita
Aku tak tahu pula ulat mayat yang boleh bercakap sesama meraka
Sebab telinga yang hancur tidak boleh mendengar sebarang perbualan

Cuba-cubalah bila melihat itu
Nampakkan adanya yang Satu itu
Jangan lihat yang dipandang
Lihatlah kepada yang Satu disebalik yang dipandang itu
Ke mana hala pun
Malah di depan Ka'abah sekali pun jangan nampakkan Ka'abah tu
Nampakkan wajah yang Satu itu

Kalau masih tak boleh nampak yang satu juga
Tidak mengapa
Pandanglah dengan perasaan Allahlah yang mengadakan semua benda itu
Cukuplah setakat pandangan itu

Sekurang-kurangnya masih boleh ingatkan diri yang dipandang itu datangnya dari Dia

Bila semua sudah menjadi wajah Allah nanti
Takut tak boleh nak buka mata
Tak boleh nak tutup mata
Buka mata pun nampak wajah Allah
Tutup mata pun masih lagi boleh nampak wajah Allah

Perlahan-lahanlah
Aku pun bukan minta
Dia yang bagi
Melihat selepas ini jangan guna mata wujud
Guna mata yang satu lagi
Mata yang sudah tiada
Guna mata itu
Bila mata pun sudah tiada
Yang ADA hanya Dia
Dia yang Satu disebalik sesuatu

No comments:

Post a Comment